Quantcast
Channel: Info Viral
Viewing all 346 articles
Browse latest View live

5 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Telegram, Pavel Durov

$
0
0
pengasa telegram, kisah telegram, sejarah telegram, pavel durov, vk,

Selama ini kita hanya tahu menggunakan aplikasi pesanan ringkas Telegram tanpa mengetahui siapakah sebenarnya individu di sebalik kejayaannya.

Sementelah Telegram menjadi buah mulut di Indonesia gara-gara aplikasi itu dikatakan menjadi penyebar ancaman pengganas sehingga akses aplikasi itu terpaksa ditutup.

Pavel Durov merupakan pengasas Telegram yang semakin popular dalam kalangan pengguna telefon pintar seluruh dunia.

Berikut merupakan 5 fakta menarik tentang Pavel Durov yang semakin kencang diburu netizen.

1) Warga Rusia di Itali

Pavel dilahirkan di Saint Petersburg, Rusia pada 10 Oktober 1984 namun membesar di Turin, Itali bersama bapanya iaitu seorang ilmuan sejarah dan linguistik.

Mendapat jolokan 'Mark Zuckerberg' di negara kelahirannya, Pavel merupakan graduan dari Saint Petersburg University dan pernah menghasilkan aplikasi perpustakaan dalam talian.

telegram whatsapp, pavel durov tele,

2) Cipta VKontakte

Sebelum membangunkan Telegram, Pavel sudah berkecimpung dalam dunia media sosial. Pada tahun 2006 dia bersama seorang sahabat lamanya, Vyacheslav Mirilashvili mencipta laman sesawang media sosial untuk Rusia, VKontakte.

Sehingga Februari 2007, VKontakte digunakan lebih 100,000 orang dan keuntungannya mencecah AS$260 juta (RM1.1 bilion).

Aplikasi itu menggunakan warna asas seperti Facebook iaitu biru dan putih.

5 Fakta Menarik Mengenai Pengasas Telegram, Pavel Durov

3) Lari dari Rusia

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun Pavel menjual sebahagian saham Vkontakte kepada sebuah perusahaan internet Rusia iaitu Mail.ru. Pada masa sama dia meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan VKontakte.

Hal itu kerana desakan kerajaan Rusia yang memaksa dia memberikan data seteru politik negara itu. Pavel akhirnya melarikan diri dari Rusia.

4) Telegram dengan abang

Pada tahun 2014, Pavel mencipta aplikasi Telegram bersama abangnya, Nikolai Durov dan pada tahun sama dia dinobatkan sebagai salah seorang usahawan teknologi Eropah Utara paling berpengaruh bawah usia 30 tahun.

Pada awal kemunculan Telegram, Pavel membelanjakan AS$1 juta (RM4.2 juta) sebulan untuk menggerakkan aplikasi itu.

telegram founder, behind of telegram,

5) Hanya pakai baju hitam

Gaya hidup Pavel sangat unik. Dia hanya menyarung pakaian yang berwarna gelap terutamanya hitam sahaja, sekali pandang seperti karakter Neo dalam filem The Matrix.

Pavel akan sentiasa berpindah randah ke negara asing bersama-sama empat kakitangannya selang beberapa bulan.

pengasas telegram, pavel durov telegram, founder telegram,

pengasas telegram, pavel durov telegram, founder telegram,

pengasas telegram, pavel durov telegram, founder telegram,

Sumber : Astro Gempak


(VIDEO) Inilah Dia Servis Sidek Yang Diharamkan Pada Tahun 1982, Memang POWER!

$
0
0
Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek, servis yang diharamkan badminton,

Pada penghujung dekad 1970-an 'lahir'nya beberapa bintang sukan muda yang dikenali sebagai anak-anak Sidek atau adik beradik Sidek. Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek mencipta nama dalam arena sukan badminton Malaysia dalam masa yang begitu cepat. Banyak kejuaraan yang mereka menang di dalam negara ketika itu hingga layak dipilih mewakili negara ke pertandingan badminton peringkat antarabangsa dalam usia yang masih remaja.

Adik beradik Sidek menjadi terkenal serta merta dalam arena badminton antarabangsa setelah mereka memperkenalkan teknik servis (pukulan bulu tangkis) yang luar biasa, yang tidak pernah terfikir boleh dilakukan oleh mana-mana pemain badminton di dunia. Teknik servis tersebut kini dikenali sebagai Servis Sidek.

Cara melakukan Servis Sidek ialah dengan sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas, manakala bahagian bulunya pula menghala ke arah permukaan gelanggang. Sebelah tangan lagi yang memegang raket perlu berada dalam kedudukan untuk membuat pukulan backhand (memukul bulu tangkis dengan tolakan pergelangan tangan, dan bukannya dengan hayunan keseluruhan tangan). Setelah berada dalam kedudukan tersebut, servis akan dilakukan dengan tolakan raket ke arah bahagian bulu. Bulu tangkis yang dipukul sebegitu akan berpusing-pusing melayang ke arah gelanggang lawan. Servis Sidek dianggap menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan kerana pihak lawan perlu betul-betul pasti bilakah kepala bulu tangkis yang berpusing-pusing itu akan menghadap ke arah mereka sebelum ia boleh dipukul kembali, kerana pukulan balas yang salah pada bahagian bulu akan menyebabkan hantaran yang tidak sempurna malah boleh menyebabkan bulu tangkis melekat pada jaringan raket pihak lawan.

Misbun Sidek, Razif Sidek dan Jalani Sidek, servis yang diharamkan badminton,

Penggunaan Servis Sidek mendapat banyak bantahan dalam arena badminton antarabangsa ketika itu, tetapi bukanlah kerana ia memberi kelebihan kepada adik beradik Sidek semata-mata. Servis Sidek sebenarnya boleh digunakan oleh semua pemain badminton di seluruh dunia untuk kelebihan mereka sendiri, malah adik beradik Sidek sendiri juga tidak terlepas daripada menjadi 'mangsa' teknik servis ciptaan mereka itu. Kontroversi teknik pukulan bulu tangkis yang luar biasa itu memaksa Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan Servis Sidek pada 1980. Oleh kerana terdapat perbezaan pendapat di mana beberapa buah negara selain Malaysia telah menyokong penggunaan Servis Sidek, maka pengharaman itu dibatalkan setahun kemudian.

Pada 29 Mac 1982, pasangan beregu Razif (19 tahun) dan Jalani (18 tahun) mencipta sejarah dengan memenangi pertandingan badminton berprestij All England yang sudah lama tidak dimenangi oleh Malaysia. Sejurus selepas itu IBF mengambil keputusan untuk mengharamkan terus Servis Sidek daripada digunakan dalam semua pertandingan badminton di seluruh dunia dengan alasan bahawa bulu tangkis dicipta untuk dipukul pada bahagian kepalanya dan bukan bulunya. Walaupun begitu, kejayaan adik beradik Sidek menjuarai satu demi satu pertandingan badminton antarabangsa selepas itu membuktikan kehandalan semulajadi mereka dalam sukan ini. Sekiranya Servis Sidek tidak diharamkan dulu, mungkinkah telah tercipta pula teknik pukulan balas yang tidak kurang hebatnya?



Sumber : Arkib Negara

15 Petua Hilangkan Sengugut Secara Semulajadi

$
0
0
15 Petua Hilangkan Sengugut Secara Semulajadi, petua sengugut, senggugut period,

Setiap bulan wanita yang normal akan mengalami putaran haid diantara 5-12 hari. Ada wanita yang tidak mengalami kesakitan yang teruk semasa datangnya haid, namun tidak dinafikan ramai juga yang menderita kesakitan semasa haid yang dipanggil senggugut.

Meskipun ada mitos yang mengatakan senggugut akan berhenti setelah wanita berkahwin. Namun tidak semua wanita yang berkahwin bernasib baik sebegitu, ada yang walaupun sudah beranak pinak masih mengalami masalah senggugut.

Berikut dikongsikan 15 petua untuk menghilangkan kesakitan akibat senggugut. Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana.

Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Pilihan 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Pilihan 9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Pilihan 12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Pilihan 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Rumah Adalah Barang Termurah Di China 10 Tahun Akan Datang , Harga Rumah Pada Masa Depan Seperti Harga Bawang! – Jack Ma

$
0
0
harga rumah murah semurah bawang, jack ma bawang rumah, kata-kata jack ma, pengasas ali baba,

Jack Ma baru-baru ini meramalkan beberapa perkara yang akan terjadi 10 tahun kemudian di persidangan yang diadakan di Kang Zhou pada bulan April lepas berdasarkan keadaan ekonomi China dan dunia.

Menurutnya, di China nanti, barangan yang paling murah akan berubah 10 tahun kemudian. Barang-barang itu ialah:

1. Rumah

Luas tanah di China dengan reka bentuk rumah yang super minimalis namun selesa akan membentuk satu kebiasaan di mana rumah-rumah kecil yang boleh didiami oleh beberapa bilangan manusia. Ini akan mengakibatkan kepada jualan rumah yang semakin mudah dicapai, semakin murah, dan hasilnya, rumah akan menjadi barangan paling murah!

2. Kereta

Alat bergerak yang sangat diperlukan ini, suatu hari nanti, pengeluaran kereta akan semakin mudah dan semakin terjangkau oleh semua orang. China sendiri berkata mereka telah bersedia untuk menghasilkan 3 juta kereta! Boleh bayangkan 10 tahun kemudian?

3. Wang

Wang, bukan lagi menjadi perkara yang sukar dicari. Kalau kita teliti, zaman dulu, wang 1000 rupiah itu boleh digunakan untuk membeli banyak keperluan, namun sekarang? Wang 50 ribu sudah menjadi standart “biasa” di khalayak umum. 10 tahun akan datang, wang, hanya akan menjadi sebuah “alat” saja.

Sebaliknya, apa yang akan jadi mahal?

1. Udara Bersih

Pelbagai jenis kilang dibina, asap dari kenderaan bermotor, pembakaran hutan sehingga tiada udara yang segar, akan membuat udara di seluruh dunia menjadi kotor dan akan ada perniagaan baru yang muncul, jualan udara bersih. Untuk mencari udara bersih tidak lagi seperti sekarang, sangat susah untuk kita mencari udara bersih nanti sehingga kita harus membelinya dengan harga yang mahal.

2. Air Bersih

Air juga telah menjadi kotor oleh perbuatan manusia sendiri. Sungai telah tercemar, tasik yang tidak lagi mengalirkan air bersih, semua itu kerana kilang-kilang yang sembarangan membuang sisa-sisa kotor tersebut.

Dulu kita jarang mendengar berita air kotor di suatu negara, namun pada tahun 2013, satu berita di mana air minuman di kedai 24 jam habis terjual kerana negara itu mengalami krisis air. Bayangkan tahun 2023?

3. Makanan Sihat dan Bebas Kimia

Kerana ketamakan manusia sendiri membuat para penyelidik akhirnya menggunakan pelbagai makanan dari bahan kimia membuat makanan yang kita makan menjadi sangat hebat!

10 tahun kemudian, untuk mendapatkan makanan enak namun bebas dari bahan kimia ini, akan menjadi sangat jarang berlaku!

4. Katil Hospital

10 tahun kemudian, kanser bukan lagi penyakit yang jarang berlaku yang akan dialami oleh manusia. Hampir setiap keluarga akan menderita kanser kerana makanan yang dimakan. Kerana kecenderungan sakit inilah, ramai dimasukkan ke hospital, dan akan menjadi pengeluaran terbesar 10 tahun kemudian.

Anda sudah bersedia dengan kehidupan 10 tahun kemudian? Sehancur apapun dunia nanti jangan takut, percayalah para penyelidik akan meneliti sesuatu untuk membantu kehidupan manusia!

Sumber: Pixp

ref : google


Suami Balik Rumah Hanya Tahu Minta Nafkah Batin, Tanggujawab Lain Diabaikan – Isteri Kecewa

$
0
0
suami nak main seks sahaja, tanggungjawab suami, seks nafka batin suami isteri,

Perempuan kena baca sampai habis.

Ambil ni sebagai pengajaran. Ini text yang i dapat di Telegram dari seorang pengikut. Ada seorang wanita, ibu muda berkongsi cerita pasal dia punya perkahwinan.

Ladies, ini adalah sebab utama kenapa anda perlu cari lelaki yang bertangungjawab. It’s okay kalau pasangan anda kurang dari segi academik atau gaji sikit, yang penting mesti kena ada tangungjawab dan kena hati-hati sebab lelaki sekarang pandai ambil kesempatan, guna perempuan untuk mereka punya financial security.

Ini cerita macam mana seorang lelaki lepas tangan pada anak bini. Nafkah tak bagi, apa semua isteri yang tanggung. Sebab apa? Alasan dia gaji isteri lagi tinggi, duit dia pergi buat benda lain. Bila isteri minta cerai, dia tuduh isteri tak sanggup hidup susah dan canang kat family. Padahal A sampai Z semua duit isteri yang keluar dan Isteri minta cerai sebab tak tahan dengan sikap suami yang tak ada tangungjawab.

Seriously, wanita ni memang cantik tapi itu pun lelaki tak hargai. Lelaki jenis macam ni ada di mana-mana, jadi kalau anda nak kahwin sila berhati-hati pilih pasangan. Lelaki dayus adalah lelaki yang suka makan duit hasil dari usaha isteri.

Baca perkongsian kat bawah:

“Saya baru bercerai dengan suami. Dulu, suami saya hanya belajar sampai SPM dan terus bekerja. Saya pula belajar sampai peringkat ijazah.

“Selama kami berkahwin, saya yang kena tanggung semuanya dari A sampai Z. Bukan niat saya untuk burukkan suami sebab dia belajar setakat SPM. Cuma sebagai perempuan, kita perlu fikir betul-betul kalau nak cari suami.

“Kadang-kadang bila suami belajar setakat SPM dan gaji kecil, mereka suka ambil kesempatan. Mereka berkahwin semata-mata untuk cari orang yang boleh support dan tanggung segalanya supaya mereka boleh buat apa yang mereka suka.

“Nafkah tak bagi, soal rumahtangga pula semua isteri yang buat. Mereka hanya tahu balik rumah dan minta nafkah batin daripada isteri. Dan bila tak bagi, mereka persoalkan tentang kewajipan isteri untuk tunaikan tanggungjawab.

“Sekarang ni, kakak saya pun alami benda yang sama. Suami dia SPM, dia pula ada ijazah. Suami dia buat hutang kemudian paksa kakak saya buat pinjaman bank untuk langsaikan hutang dia.

“Entahlah, mungkin wanita sekarang kena berhati-hati bila memilih suami. Kadang-kadang lelaki ni hanya nak cari penyelamat masa depan mereka je. Bila dah dapat isteri yang bekerjaya, terus lepas tangan dan anggap isteri boleh bagi segalanya. Bila isteri minta cerai, mereka akan cakap isteri tinggalkan mereka masa susah. Padahal mereka tak sedar selama ini mereka susah pun si isteri juga yang menanggung.

“Dalam kes saya pulak, bila saya nak berhenti kerja, suami saya tak bagi. Dia cakap siapa nak tolong dia sara keluarga. Bila minta cerai dituduhnya macam-macam. Sampai keluarga saya sendiri buang saya sebab dia jaja cerita yang saya minta cerai sebab ada skandal.

“Dia cakap saya kena faham kerja dia. Kononnya sekarang ni dia tengah usahakan bisnes jadi semua duit gaji dia labur pada perniagaan. Bertahun-tahun satus sen pun dia tak bagi. Masa untuk keluarga tak ada, nafkah zahir tak ada, tapi bila bab nafkah batin pandai pula dia minta sebab tanggungjawab isteri.

“Masa saya mengandung 5 bulan, dia ajak pergi KL dari JB sebab ada kenduri. Saya kata saya tak larat sebab tak sihat. Dia boleh pulak kata saya menipu sebab tak nak pergi dengan keluarga dia.

“Petang tu saya drive sorang pergi klinik, doktor kata saya ada chicken pox. Lepas tu saya terpaksa check in di hospital berseorangan tanpa suami sambil bawak perut yang besar tu. Semua staf hospital tanya saya datang sorang je ke.

“Lepas dah bersalin, anak saya kena kuning. Tapi suami saya lebih rela pergi meeting daripada bawak anak pergi hospital sebab dia kata meeting lagi penting. Dia balik waktu Maghrib dan nak bawak anak pergi hospital tapi saya tak bagi sebab dah malam.

“Terpaksa hold sampai esok pagi. Bawak pergi hospital swasta the next day, bil sampai beribu saya yang bayar semua. Bila depan orang suka cakap besar kononnya dah berjaya buat itu ini tapi sebenarnya saya yang tanggung semua benda.

“Duit belanja dia pun saya bagi selama bertahun-tahun sedangkan dia kerja. Sekarang ni bila dah cerai, duit anak langsung dia tak bagi satu sen pun. Dah macam mengemis kalau nak suruh dia jumpa anak.

“And the worst part is, dia beritahu semua orang yang saya nak cerai sebab tak sanggup hidup susah bersama sebab dia kerja gaji SPM dan saya gaji ijazah. Kalau tak boleh hidup susah, baik dari dulu saya mintak cerai. Buat apa nak tanggung dia lama-lama. Orang lelaki ni, disebabkan ego mereka tak nak berubah.

“Tolong ingatkan lelaki-lelaki kat luar sana, kalau dapat isteri bekerja please jangan ambil kesempatan. Kebanyakan orang sekarang bercerai sebab ini lah. Kahwin nak, tapi tanggungjawab tak nak jalankan. Lepas tu salahkan isteri tak boleh hidup susah bersama.

“Saya jaga anak macam nak gila sorang-sorang dari awal bersalin sampailah anak dah besar. Saya sakit terlantar dan penat lelah semuanya dia tak ambil tahu. Masa anak merah lagi langsung tak nak jenguk dan jaga. Bila anak dah pandai main dan sihat, baru nak mengaku anak.

“Dulu lepas dah habis pantang 44 hari barulah saya boleh pergi buat surat beranak anak saya. Ayah dia terlalu busy dengan bisnes juta-juta dia tu. Susah gila hidup saya masa tu. Saya bertambah struggle bila terpaksa keluar dari rumah bawak pakaian je. Dah lah kena tanggung hutang dia pakai nama saya.

“Kes kakak saya pulak dah bertambah teruk. Suami dia ambil pisau dan paksa kakak saya tikam dia sebab minta cerai. Kakak saya dah tak larat dan dah tak mampu lagi nak tolong dia selesaikan masalah hutang dia. Padahal kakak saya dah buat loan sampai 50k semata-mata nak langsaikan hutang keliling pinggang dia tu.
says.com

“Jadi, budak-budak muda sekarang janganlah sibuk sangat fikir nak kahwin. Ingat semua happy ending ke? Kebanyakannya kecundang di tengah jalan. Kawan-kawan saya yang tak kahwin lagi sibuk fikir pasal kahwin sebab takut ketinggalan jadi anak dara tua. Tapi diri sendiri tak matang untuk berkahwin.

“Ramai jugak yang tanya kenapa saya tak sedih langsung sebab bercerai pada umur muda. Jawapan saya senang. Saya beritahu kawan-kawan saya yang hidup single lebih happy daripada kahwin dengan lelaki yang salah.

“Alhamdulillah, hidup saya lebih gembira sekarang dan saya dah tak kisah langsung pasal lelaki sebab dia yang ajar saya hidup berseorangan tanpa suami.”

Sumber: Auni Ameera

Inilah Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng Encik Mimpi

$
0
0
Inilah Wajah Sebenar Di Sebalik Topeng Encik Mimpi, muka encik mimpi tanpa topeng, encik mimpi tak pakai topeng,

Encik Mimpi satu nama artis selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, beliau menampil imej lelaki bertopeng seperti Bandi Amuk.

Pasti gadis-gadis di luar sana tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa disebalik topeng Encik Mimpi dan siapakah sebenarnya lelaki budiman yang bersembunyi di sebalik topeng tersebut.

Akhirnya, dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota.

Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.

muka encik mimpi, encik mimpi topeng, disebalik topeng encik mimpi,

Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, youtube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu.

“Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh.

“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka.

“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian.

encik mimpi topeng, muka encik mimpi, rupa encik mimpi, wajah encik mimpi,

Mencuri perhatian umum dengan pelbagai video parodi serta video nyanyian lagu-lagu saduran di youtube, percubaan Encik Mimpi menghasilkan lagu sendiri turut mendapat sambutan luar biasa.

Kami paparkan beberapa keping gambar Encik Mimpi tanpa memakai topeng yang tidak pernah dilihat oleh pelimik lagu ‘Rindukanlah’ yang digunakan sebagai lagu OST ‘Playboy Itu Suami Aku”.

Sumber: Kamiviral

Untunglah Isteri Jika Miliki Suami Dengan 12 Sifat Ini

$
0
0
Untunglah Isteri Jika Miliki Suami Dengan 12 Sifat Ini, 12 sifat suami yang diingini isteri,

Setiap wanita mengimpikan suami yang bukan sahaja boleh mencurahkan tanggungjawab dan kasih sayang terhadapnya tetapi turut melengkapi setiap kekurangan yang dimilikinya.

Jika suami anda mempunyai 12 sifat-sifat ini, seharusnya anda beruntung kerana memiliki suami yang menjadi kebanggaan sekali gus membuatkan orang di sekeliling cemburu dengan anda.

Apa kata anda tengok, ada ke suami anda miliki tanda-tanda ini.

1. Selalu buat isteri bahagia sewaktu berada di sisinya

Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang ‘guru’ yang mendidik isteri, selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.

2. Sentiasa genggam tangan isteri seeratnya

Tanpa melalui kata-kata, suami yang terbaik tidak sesekali melepaskan genggaman isterinya ketika suami menunjukkan cinta dan kasih sayangnya. Suami juga tidak rasa malu untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap isteri di khalayak ramai kerana suami tahu sikap pedulinya itu akan membuatkan isteri rasa lebih tenang.

3. Cinta suami sentiasa mekar dan tak pernah pudar

Jika suami betul-betul mencintai isterinya, suami pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkorban untuk orang yang disayangi. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya bersandarkan nafsu semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan.

4. Sentiasa ketawa bersama isteri walaupun hal-hal kecil

Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat humor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing membuatkan hidup anda berdua sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekali gus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.

5. Masih menganggap isterinya wanita yang tercantik

Semakin lama usia penikahan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malah dalam diam, suami masih cuba mencuri pandangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.

6. Ringan tulang membantu isteri tanpa disuruh

Jika anda menyayangi isteri, seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga. Malah suami juga sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.

7. Berbincang dan minta pandangan isteri sebelum membuat keputusan

Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya, ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga percaya dan menghargai keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan.

8. Sering membanggakan isteri di hadapan temannya

Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walau apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.

9. Tetap makan masakan isteri walaupun tak sedap

Suami yang baik akan tetap menjamah masakan isterinya dan tidak terus memarahi isteri walaupun mungkin masakan itu kurang dengan selera suami. Bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga, suami yang baik akan menegur masakan isterinya dengan cara yang paling lembut kerana tidak mahu melukakan hati isterinya dan tidak jemu-jemu memberi isteri semangat untuk terus mencuba agar masakannya dapat diperbaiki.

10. Sentiasa bantu isteri jadi insan yang lebih baik

Semua manusia pasti miliki kekurangan. Walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak perkara, suami yang terbaik akan sentiasa memberikan sokongan untuk isteri terus menjadi orang terbaik di masa akan datang. Sama sekali suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isterinya ada kekurangan, selain tidak pernah rasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat dalam semua perkara.

11. Tak jeling wanita lain kerana sangat mencintai isterinya

Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cemburu. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka, selain menghargai pengorbanan isterinya daam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga.

12. Sentiasa mengembangkan hubungannya dengan sang pencipta

Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikuti perintah Yang Maha Esa.

Sumber: pesonapengantin

[info] Bahaya Pinggan Mangkuk Bercorak Kepada Wanita & Bayi

$
0
0
Bahaya Pinggan Mangkuk Bercorak Kepada Wanita & Bayi

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).

Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.

Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.

Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.

Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.

Sumber : Malay Mail Online


Bahaya Menanti Kehamilan Di luar Rahim

$
0
0
hamil luar rahim, Bahaya Menanti Kehamilan Di luar Rahim,

Kehamilan Luar Rahim.Tahukah anda mengenai kehamilan luar rahim ? teruskan pembacaan anda di sini..

Kehamilan luar rahim juga dkenali sebagai ectopic pregnancy dalam istilah Inggeris. Ia terjadi apabila telur tersenyawa implantasi di luar rahim. Kebanyakkan kehamilan luar rahim (95%) berlaku di tiup fallopio. Lokasi yang jarang berlaku termasuk di serviks, ovari atau dalam abdomen.

Kehamilan luar rahim tidak dapat bertahan dan akan pecah kerana hanya rahim yang boleh menyokong perkembangan bayi dan uri. Jika kehamilan luar rahim pecah di tiub fallopian, ia akan mengancam nyawa ibu akibat pendarahan dalam abdomen.

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptomnya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Antara tanda-tanda kehamilan luar rahim ialah:

Pendarahan faraj yang tidak normal

Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

Sakit bawah perut

Sakit di bahagian bawah perut merupakan tanda awal kehamilan. Sakit ini terjadi pada salah satu tempat perut atau daerah pinggul. Ini adalah simptom yang biasa, jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki hamil, anda harus berjumpa doktor.

Jika kehamilan luar rahim anda tidak dapat dikenal pasti oleh doktor dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:


  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti ingin pitam, cirit birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarah dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu menganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk)

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:


  • pembedahan ini lebih cepat.
  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini.
  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital.
  • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:


  • tahap kerosakan tiub tersebut.
  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi.
  • keinginan anda untuk hamil lagi.

Kesimpulan dari hasil pembacaan tentang kehamilan luar rahim ini, mereka mempunyai peluang yang tinggi untuk jika ia dikesan awal oleh doktor. Di harap kepada wanita yang di luar sana jika mengalami tanda-tanda di atas segeralah mendapatkan nasihat doktor. “Mencegah adalah lebih baik”.


Sumber : Wom

Penyanyi Lagu PPAP Kini di Malaysia, Teruja Tengok KLCC

$
0
0
pikatoro apple pen malaysia, PPAP malaysia,

Penyanyi lagu pendek popular Pen Pinapple Apple Pen (PPAP), Pikotaro, kini berada di Malaysia dan semalam dia menggembirakan orang ramai dengan lagu PPAP di Japan Expo Malaysia di Pavilion.

Bagaimanapun, selepas konsert, Pikotaro sempat bergambar dengan menara kebanggaan rakyat Malaysia, KLCC.

"Dan selepas konsert, saya nampak Menara Berkembar itu di Malaysia!," tulis Pikotaro.

pikatoro apple pen malaysia, PPAP malaysia, ppap klcc kuala lumpur,

Selain itu, Pikotaro turut menyatakan keterujaannya berada di Malaysia apabila turut me-retweet tweet dari peminatnya dari Malaysia.

Seorang peminat memuat naik video Pikotaro yang dipaparkan di 8TV Malaysia dan Pikotaro membalas tweet itu dengan berkata: "Sangat gembira!".

Malah, beliau turut memuji video amatur yang diambil oleh seorang peminatnya dari sudut atas dengan berkata: "Sudut yang bagus".

Penyanyi Lagu PPAP Kini di Malaysia, Teruja Tengok KLCC

Video :




Sumber : SK

Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

$
0
0
Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

Ratu Elizabeth II sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dan tinggal di Istana Buckingham.

Jawatan ini disenaraikan di laman web The Royal Household milik keluarga diraja itu.

Antara maklumat yang dikongsi adalah ia merupkan jawatan tetap dan pekerja itu akan menerima gaji sebanyak £16,755 (RM91,082.21) setahun.

Pihak istana juga akan memberi 33 hari bercuti dan 15 peratus dalam simpanan pencen dari pihak majikan.

Ratu Elizabeth II cari pembantu istana, gaji RM92,000 setahun

"Ini bukan tugasan biasa. Selain membersih dan menjaga dalaman istana, anda juga bertanggungjawab untuk menjaga tetamu dan memberi pertolongan untuk acara khas,” tulis laman web itu.

Selain itu, para calon juga diminta mempunyai pengurusan masa yang bagus agar boleh menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan.

“Ia merupakan satu pekerjaan yang mencabar,” kata laman web itu.


Sumber : Awani

(Video) Jerung Paling Sukar Ditemui Berjaya Dirakam Oleh Penyelam

$
0
0
jaws megamouth, jerung megamouth,

Indonesia - Selasa lalu, seorang penyelam dari Britain berjaya merakam jenis jerung megamouth, spesis jerung yan gpaling sukar ditemui.

Penyelam terbabit, Penny Bielich berjaya merakam jerung itu ketika meneroka kawasan selam Gii Lawa di Pulau Komodo, lapor Fox News.

Video jerung itu kemudiannya dimuat naik di laman Instagram.

"Jerung megamouth! Rasa sangat beruntung dapat menyaksikan bersama (rakan) Heikki Innanen. Hanya 63 pertemuan direkodkan sebelum ini. Sekarang 64!" tulis Penny.

Kali pertama spesis jerung itu berjaya dirakam adalah pada tahun 1976 dan setakat ini, hanya 60 penampakan yang disahkan berjaya direkod.

Bagaimanapun, haiwan itu bukanlah satu ancaman buat manusia kerana ia hanya memakan haiwan kecil, lapor National Geographic.

Ia dikategorikan sebagai haiwan 'rare' kerana data mengenainya terlalu sedikit.



Sumber : SK

(Video) Rakaman CCTV Lelaki Onani Dalam Kedai Buku, "Pancut" Atas Belakang Wanita

$
0
0
Lelaki melancap pancut belakang wanita solaris,

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh 百格 Pocketimes, aksi seorang lelaki sedang beronani di dalam sebuah kedai buku yang terletak di Solaris Dutamas terakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Bukan sahaja beronani, malah seorang wanita yang berada di dalam kedai buku itu turut menjadi "mangsa" lelaki miang ini.

Menurut Sinchew, seorang wanita sedang duduk di ruang membaca kanak-kanak sementara menunggu suaminya menyelesaikan urusan di pusat beli-belah tersebut. Pada ketika itulah lelaki gila seks tersebut secara tiba-tiba merasa teransang dan ghairah melihat wanita berumur 40 tahun itu lalu mengambil keputusan nekad untuk beronani.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam itu pada mulanya dilihat berdiri di belakang rak buku sambil beronani dan memandang wanita tersebut yang ketika itu sedang khusyuk membaca buku.

Melihat mangsa sedang fokus membaca, lelaki itu menghampirinya dan menyambung semula beronani sambil menutup kemaluannya menggunakan buku.

Selepas beberapa saat, lelaki itu kemudian memancutkan air mani di belakang badan mangsa sebelum berlalu pergi.
Mangsa kemudian merasa tidak selesa di bahagian belakang badannya dan selepas diperiksa, wanita itu terkejut besar apabila mendapati cecair yang melekat di bajunya itu adalah air mani.
Lalu, mangsa segera menghubungi suaminya yang merupakan seorang peguam berpangkat Dato. Untuk memberi peringatan kepada orang ramai, suaminya mengambil keputusan untuk menceritakan tentang insiden itu di media sosial.

"Dia panik dan menangis, kerana tidak menyangka ada orang akan lakukan perkara sebegitu di kedai buku!" kata suaminya.

"Saya mempunyai seorang anak dan saya tidak mahu insiden sebegitu berlaku kepadanya atau sesiapa yang lain" tambahnya lagi.


Sumber : CARI

(Video) : Lelaki ini Kongsi Kisah Berhijrah Dari Pondan ke Lelaki Sejati

$
0
0
Lelaki ini Kongsi Kisah Berhijrah Dari Pondan ke Lelaki Sejati

Seorang lelaki bekas pondan membuat satu siaran langsung di Facebook bertujuan untuk memohon maaf kepada orang ramai dan juga menceritakan kisah hidupnya yang berhijrah dari seorang pondan kepada seorang lelaki sejati untuk dijadikan pedoman buat orang ramai.

Difahamkan, lelaki yang menggunakan nama Facebook Cikgu Jefferi itu juga merupakan pengasas kepada SB SuperBeauty.

"PENDEDAHAN BERANI...PONDAN PULANG KEPANGKAL JALAN...PEDOMAN DAN MAAF DARI SAYA PENGASAS SB SUPERBEAUTY..😂😂😂😂😂😂" tulis beliau di bahagian kapsyen siaran langsung itu.

Kata Cikgu Jefferi juga, hari dia membuat siaran langsung itu juga merupakan hari genap ibunya meninggal dunia.

Lelaki ini Kongsi Kisah Berhijrah Dari Pondan ke Lelaki Sejati

"(Ketika) Arwah ibu saya hidup, dia selalu tanya saya: Kenapa engkau jadi macam ni. Mak lahirkan lelaki, kenapa jadi perempuan." cerita Cikgu Jefferi.

"Rahsia saya ada kekuatan dan diberi oleh Allah untuk balik ke pangkal jalan adalah kerana solat." cerita Cikgu Jefferi." cerita beliau.

Menerangkan lanjut tentang kisahnya, Cikgu Jefferi berkata satu hari dia didatangi oleh seorang Benggali.

Untuk tidak mengganggu setiap bit-bit cerita yang dikongsi oleh Cikgu Jefferi, kuti video penuh dari beliau:




Sumber : SK

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

$
0
0
Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Seorang artis Jepun Megumi Igarashi, atau Rokudenashi-ko, “Gadis yang tidak baik” pada masa ini, menghadapi pelbagai tindakan undang-undang kerana mengedarkan fail digital kayak yang berbentuk seperti vagina.

Pendakwa mendakwa dia melanggar undang-undang “Waisetsu Butsu Hanpu To”, atau Pengedaran Objek Lucah.

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Perkara 175 Kanun Keseksaan Jepun berbunyi,

“Seseorang yang mengedarkan, menjual atau memaparkan secara terbuka suatu dokumen lucah, lukisan atau benda lain akan dihukum dengan pemenjaraan tidak lebih daripada 2 tahun, denda tidak lebih daripada 2,500,000 yen atau lebih. Perkara yang dikenakan kepada mereka yang mempunyai tujuan yang sama dengan tujuan jualan.”

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Igarashi menafikan tuduhan itu mahkamah dan mengatakan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam menyediakan kod 3D bagi mencetak kayak.

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

“Saya tidak bersalah kerana tiada data untuk alat kelamin wanita, mahupun seni saya yang berbentuk seperti alat kelamin wanita, adalah satu pencabulan,” kata Igarashi di hadapan panel hakim di Mahkamah Daerah Tokyo.

Wanita Imbas ‘Kemaluannya’ Kemudian Dijadikan Sebuah Kayak

Apa pendapat anda? Adalah ianya lucah atau satu seni yang unik?

Sumber: Ebaumsworld.com

P/s : Wtff duhh


Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

$
0
0
Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

Ketawa adalah satu terapi diri untuk kita menghilangkan tekanan. Tapi tahukah anda ketawa berlebihan juga ada keburukan dan membahayakan?

Satu pasangan dari China sedang dalam perjalanan dari Nanning ke Bandar Qingdao di Shandong menaiki keretapi dan perjalanan tersebut memakan masa selama 28 jam. Ketika dalam perjalanan, mereka membuat keputusan untuk bermain kad permainan untuk kurangkan rasa bosan di dalam keretapi.

Pasangan itu sangat gembira menikmati saat indah bersama sambil bermain kad permainan tersebut. Kegembiraan mereka diikuti dengan gelak tawa isteri, Mrs Chiao yang ketawa terbahak-bahak menunjukkan dia sangat seronok.

Namun, Mrs Chiao ketawa terlalu banyak sehingga pada satu tahap, rahangnya terkehel.

Menurut Mrs Chiao, ketika sedang ketawa dia terdengar satu bunyi meletup ‘pop’ dan terus menyedari mulutnya tidak boleh ditutup.

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan

Menurut suami, isterinya itu ketawa dan menjerit keseronokan kerana mendapat susunan kad yang memudahkannya untuk menang permainan itu. Patut la seronok sangat…

Menyedari keadaan isterinya itu, dia segera memberitahu staf keretapi itu tentang rahang isterinya yang terkehel dan pemandu keretapi itu terus menambahkan kelajuan untuk sampai ke stesen seterusnya secepat mungkin.

Sebaik sahaja sampai, pasukan paramedik sudah pun berada di stesen tersebut, sedia membawa wanita itu ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan segera.

Mrs Chiao menjalani rawatan selama dua jam dan rahangnya kembali seperti sedia kala selepas menahan kesakitan yang lama.

Rahang Wanita Terkehel Akibat Ketawa Berlebihan


P/s : haha.. adoii

(Video) Anak Billionaire Dapat Kereta Ferrari RM1.1 Juta Berbalut Louis Vuitton Biarpun Terlalu Muda Untuk Memandu

$
0
0
Anak Billionaire Dapat Kereta Ferrari RM1.1 Juta Berbalut Louis Vuitton Biarpun Terlalu Muda Untuk Memandu

Seorang anak billionair meraikan kereta Ferrari barunya berharga RM1.1 juta yang berbalut stiker Louis Vuitton biarpun dia terlalu muda untuk memandu.

Rashed Saif Belhasa, 15, memuat naik video dia meraikan kereta mewah itu dibawah akaun YouTube dan Instagram bernama Money Kicks.

Anak Billionaire Dapat Kereta Ferrari RM1.1 Juta Berbalut Louis Vuitton Biarpun Terlalu Muda Untuk Memandu

Bagaimanapun, dia masih belum boleh memandu kereta Ferrari F12 Berlinetta dengan enjin V12 6.3-liter itu sehingga dia berusia 18 tahun.

Saluran Youtube Rashed kini sudah mempunyai 750,000 pengikut dan Instagramnya pula mempunyai 659,000 pengikut. Video Ferrari itu pula sudah ditonton sebanyak 1,296,987 kali.

"Ia semuanya tentang perincian," katanya merujuk kepada stiker di kereta terbabit.

Anak Billionaire Dapat Kereta Ferrari RM1.1 Juta Berbalut Louis Vuitton Biarpun Terlalu Muda Untuk Memandu

Rashed ataupun Money Kicks adalah anak kepada pemilik syarikat pembinaan di Dubai, Saif Ahmed Belhasa.

Video:


Sumber: SK

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM28,000 Sebulan Hasil Daripada Menternak Lipas

$
0
0
kaya sebab lipas, jual lipas, movie joe apartment, kawan dengan lipas,

Seorang pelajar dari Taiwan meraih pendapatan bulanan 200,000 New Taiwan Dollars (RM28,300) sebulan hasil dari mentertak dan menjual lipas.

Ya, lipas.

Menurut laporan China Press, Tong yang baru berusia 20 tahun mula menternak lipas selepas dia mendapati sukar mendapat bekalan serangga itu bagi memberi makan haiwan peliharaannya.

Jadi, dia mula menternak sendiri lipas dan menyedari bahawa serangga itu membiak dengan pantas. Dalam masa enam bulan, dia sudah mempunyai 30,000 ke 40,000 lipas di apartmentnya.

Tong berjaya menemui seorang pembeli, Tse, yang mahu mengambil semua lipas darinya. Sehingga kini, mereka terus bekerjasama untuk jual beli lipas.

Tong kini mempunyai 2.7 juta lipas dari pelbagai spesis di ladangnya. Dia menjual lipas-lipas itu secara borang kepada Tse yang kemudiannya menjual serangga itu secara runcit sebagai makanan haiwan.

Sumber : SK

P/s: teringat pulak movie joe's apartment..kelakar pulak berkawan bagai dgn lipas..geli beb !

Jangan Dedah Atau Buang ‘Boarding Pass’ Anda Begitu Sahaja!

$
0
0
Jangan Buang Boarding Pass tiket kapl terbang,

Sesetengah orang gemar mengambil gambar boarding pass dan menyiarkannya di media sosial. Ada yang membuangnya ke dalam tong sampah atau meninggalkannya di atas tempat duduk penumpang.

Boarding pass hanya sekeping kad yang mengandungi maklumat nama penumpang kapal terbang, nombor penerbangan, destinasi, nombor tempat duduk dan nombor pintu berlepas. Selepas mendarat kebanyakan orang hanya membuangnya begitu sahaja.

Tetapi tahukah anda bahawa boarding pass perlu dijaga dengan baik sebelum, semasa dan selepas penerbangan? Kenapa? Ini sebabnya.
Menurut pakar forensik bernama Winston Krone, boarding pass mempunyai kod bar (bar code) yang mengandungi maklumat peribadi penumpang seperti nama, alamat rumah, alamat email dan nombor telefon. Oleh itu, jika kod bar ini diperolehi oleh orang lain, dengan mudah untuk hacker memperolehi maklumat peribadi dan kewangan anda.
Anda mungkin masih tertanya-tanya bagaimana maklumat peribadi anda boleh dilihat pada boarding pass. Begini caranya. Apabila kod bar pada boarding pass diletakkan pada ‘bar code reader’, kesemua maklumat yang terkandung dalam kod bar itu akan dapat dilihat. Maklumat peribadi yang penting ini boleh digunakan oleh hacker atau pencuri.

Oleh itu, pastikan anda menyimpan boarding pass anda dengan selamat sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Selepas itu anda boleh melupuskannya dengan cara mengoyak sehingga hancur atau membakarnya supaya maklumat peribadi anda pada kod bar tersebut tidak boleh dilihat oleh orang lain.

Selain itu, elakkan mengambil gambar boarding pass anda dan menyiarkannya di media sosial. Menerusi teknologi yang terkini pada hari ini, hanya beberapa klik di hujung jari sahaja kesemua maklumat peribadi anda boleh diperolehi.


Sumber

(Video) Lelaki Ni Dedah Cara Bunuh Beribu Ekor Nyamuk Dalam Satu Malam

$
0
0
Lelaki Ni Dedah Cara Bunuh Beribu Ekor Nyamuk Dalam Satu Malam

Nyamuk memang tersangatlah annoying. Paling geram bila dah ready nak tidur dia main-main pula kat telinga ni kan? Itu baru seekor bayangkan bila nyamuk berterbangan keliling kita. Salah satu cara mudah nak bunuh dengan sembur pakai mosquito repellent. Spray satu bilik biarkan beberapa minit, kemudian bila tengok dah banyak je atas lantai kan.

Tapi seorang Youtuber, Dan Rojas dedahkan satu cara macam mana nak bunuh beribu ekor nyamuk dalam satu masa.

Lelaki Ni Dedah Cara Bunuh Beribu Ekor Nyamuk Dalam Satu Malam

Video :



Sumber : Erafm

Viewing all 346 articles
Browse latest View live