Quantcast
Channel: Info Viral
Viewing all 346 articles
Browse latest View live

Mengkarung Ekor Bercabang Empat Jadi Rebutan Ramai, Pernah Ditawar Belasan Ribu Ringgit

$
0
0
Mengkarung Ekor Bercabang Empat Jadi Rebutan Ramai,

Tumpat, 5 Julai - Kalau dah unik, memang banyaklah orang mencari.

Itu yang berlaku kepada seekor mengkarung unik yang mempunyai ekor bercabang empat apabila ada pihak yang sanggup menawarkan wang belasan ribu ringgi untuk memiliki haiwan tersebut.

Pemilik kepada haiwan berkenaan, Ku Chik Ghazali, 27, berkata dia menemui mengkarung itu di tempat kerjanya di sebuah kolej swasta di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Januari lalu sebelum berjaya menangkap haiwan tersebut dua bulan kemudian.

Mengkarung Ekor Bercabang Empat Jadi Rebutan Ramai,

“Saya dan rakan-rakan di tempat kerja terkejut apabila mendapati haiwan ini mempunyai ekor yang bercabang empat, namun agak sukar menangkapnya.

“Saya hanya berjaya menangkapnya pada Mac lalu. Ketika itu panjangnya baru 10 sentimeter. Sejak berita saya memiliki mengkarung berekor empat, saya pernah ditawarkan belasan ribu ringgit oleh beberapa individu,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Setakat ini, reptilia berwarna perang muda itu membesar sehingga mencecah 20 sentimeter panjang.
Ku Chik memberi mengkarung berkenaan makan cengkerik sebanyak tiga kali sehari.


sumber


Ibu-ibu, jangan buang plastik pampers Drypers! Kumpul point dan redeem hadiah percuma

$
0
0
Kumpul point dan redeem hadiah dari drypers, pampers drypers kumpul point,

Assalamualaikum. Rajin nak sharing sikit pagi ini. Bagi mereka yang sudah tahu, tak apa. Cuma nak kongsi informasi yang baik ini, mungkin ada ibu bapa yang menggunakan lampin pakai buang jenama Drypers ini belum tahu.

Bagi ibu bapa pengguna tegar lampin pakai buang jenama Drypers, pastikan plastik beg itu jangan dibuang. Ini sebab korang boleh collect point dan redeem banyak hadiah percuma!

Bayangkan kalau anak korang dari usia bayi sampai umur dua atau tiga tahun masih pakai pampers jenama Drypers, berapa banyak point yang korang boleh dapat? Itu kalau seorang, kalau ada tiga atau empat orang anak? Banyak point yang boleh dikumpul.

Kira berbaloi jugalah kan daripada terbuang begitu sahaja, kan? Hehe!

Bagaimana nak redeem? Sila rujuk gambar-gambar yang disertakan di bawah. Selamat mengumpul ya!

Kumpul point dan redeem hadiah dari drypers, pampers drypers kumpul point,

1. Plastik beg Drypers

Kumpul point dan redeem hadiah dari drypers, pampers drypers kumpul point,

2. Potong dan cari kod di bahagian dalam plastik. 


3. Pergi website www.drypers.com.my, Lepas tu daftar dulu.



4. Klik redeem code


5. Lepas tu masukkan code no.


6. Pergi dkt home page klik dekat point shop


7. Ha.. pilih la barang2 yg korang berminat ikut pada point yg korang kumpul

Siapa Patut Keluar Duit Bila Dating? Lelaki Atau Perempuan??

$
0
0
keluar duit masa dating, tips dating,

Hendak bercinta tu memang senang… seronok pula tu! Tapi bila tang nak pergi dating, masing-masing pakat ‘kejung’ kerana tak mahu keluar duit untuk belanja pasangan. Hal ini telah banyak kali dibahaskan bahawa adakah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab di atas semua perbelanjaan sepanjang sesi temu janji. Jika lelaki yang harus keluar wang, apa pula tanggungjawab seorang perempuan?

Jika Lelaki Yang Ajak Perempuan Keluar?

Senang, kalau lelaki yang ajak… dia yang perlu bayar dan bukannya perempuan. Jangan pula awak mengharapkan si perempuan baik hati untuk bantu anda membayar segala perbelanjaan sedangkan anda yang mempelawanya dahulu untuk keluar bersama. Sudah tentu masing-masing mengharapkan pengalaman dating itu menyeronokkan bukan? Jadi, jika anda seorang lelaki, pandai-pandai dan faham-fahamlah untuk keluar duit demi kekasih yang disayangi. Percayalah, mood perempuan itu akan berubah jika anda (lelaki) memintanya untuk turut sama membayar. Lebih-lebih lagi apabila ianya ada temu janji yang pertama. “Women always need a respect!”

Jika Perempuan Yang Secara Suka Rela Mahu Menyumbang?

Ya… mungkin ada jenis perempuan yang akan berasa kesian pada si lelaki apabila tangannya secara automatik mencapai beg duit di dalam tas tangan untuk turut membayar. Namun, lazimnya dalam situasi ini lelaki sepatutnya faham yang ‘perempuan itu sebenarnya tidak rela pun mengeluarkan duitnya’. Jika benar anda seorang lelaki yang budiman dan mahu digelar sebagai ‘lelaki idaman’, anda tidak akan pernah membebankannya perempuan dengan hal yang bersangkut paut dengan kewangan. Biarkan perempuan itu tahu yang anda adalah lelaki yang sanggup berusaha keras untuk membuatnya gembira dan bahagia.

Bagaimana Jika Perempuan Benar-Benar Setuju Untuk Membayar?

Jarang ada perempuan yang akan menghalang jika lelaki ingin mengeluarkan wang untuknya, namun jika hari itu, wanita mahu mengeluarkan wang setelah berkali-kali anda sebagai lelaki menawarkan diri untuk membayar untuknya, biarkan saja… Ini berlaku mungkin kerana si dia mahu membuktikan bahawa wanita boleh menjaga dirinya sendiri atau mungkin dia tidak mahu anda fikir bahawa dia adalah pisau cukur yang sentiasa mengharapkan anda untuk memewahkannya senantiasa. Sekali-sekala… bagi lah peluang perempuan tunjuk ‘hebat’ pula.

Jika Perempuan Yang Mengajak Lelaki Keluar?

Hmm… yang ini sukar sedikit. Tetapi, jika sebagai lelaki anda mahu mengambil hatinya malah mahu membawa perhubungan itu ke tahap yang lebih serius… tak salah jika anda meringankan tulang untuk membayar bagi pihak perempuan. Barulah perempuan tu tertarik… Bonus!

Kalau Pergi Untuk Temu Janji Kasual.

Setakat pergi minum dan tengok wayang… Untuk ini, apa kata kedua-dua belah pihak jadi lebih terbuka? Yang perempuan pun cubalah faham lelaki tu… kalau asyik dia yang berbelanja, koyaklah poketnya! Jadi, jika anda pergi dating ke banyak tempat dalam satu hari, gunalah taktik secara bergilir. Jika lelaki membelikan tiket wayang, anda bayarlah untuk minuman dan popcorn. Jika lelaki bawa anda pergi jalan-jalan di taman rekreasi, anda bayarlah untuk tiket parkir. Nah, kan lebih harmoni begitu? Barulah situasi “menang – menang” namanya!

Jika Wanita Yang Memilih Tempat Temu Janji (Mahal Pula Tu)?

Daripada anda sebagai lelaki yang pening kepala, meroyan tidak tahu mana hendak ‘korek’ duit untuk membayar kelak, ada baiknya individu tersebut terus menolak pelawaan wanita secara keseluruhan. Sebab itu, adalah penting untuk seseorang mempunyai perancangan. Bila kedua-dua belah pihak bersetuju, barulah boleh meneruskan niat tersebut. Jika tidak, baik tak perlu langsung! Dan dinasihatkan supaya jika anda mengajak lelaki atau perempuan keluar untuk sebuah temu janji, pastikan anda ada perancangan kedua atau backup plan. Mana tahu jika sesi temu janji yang awal tadi tidak menjadi, sekuranng-kurangnya anda mempunyai cadangan rancangan yang seterusnya.

Macam Mana Hendak Pastikan Yang Anda Sentiasa Berduit?

Perempuan memang sentiasa mahukan lelaki yang boleh memberi dan tidak berkira. Kerana bagi mereka, cinta bukanlah sekadar ungkapan I Love You semata-mata. Kadang-kala dia juga mahu terasa dihargai seperti mana wanita-wanita yang beruntung di luar sana apabila teman lelaki atau suami mereka menghujani mereka dengan pemberian hadiah. Benar, Rasulullah sendiri memberitahu bahawasanya salah satu perbuatan yang bisa menjamin kebahagian dalam rumah tangga adalah apabila lelaki sering memberi (hadiah) kepada isterinya.

Namun, sebagai seorang manusia yang berakal, hadiah atau pemberian ikhlas itu tidak semestinya merujuk kepada kebendaan atau objek-objek berjenama. Sekuntum bunga juga telah dikira sebagai hadiah yang bermakna dan manis buat seorang wanita. (jika wanita itu suka bungalah…) Sama seperti temu janji, jika tidak berduit, banyak lagi cara lain untuk menjadika n sesi temu janji yang murah menjadi sesuatu yang seronok apabila dilakukan dalam keadaan ynag diuar jangkaan. Sebagai contoh, anda boleh memasak sendiri di rumah dan berkelah di taman-taman atau pergi berkunjung ke hutan-hutan untuk mendaki dan beriadah sambil menikmati alam sekitar. Best apa… Free of charge!

Kesimpulan.

Sebagai seorang lelaki, sememangnya mereka yang bertanggungjawab untuk memberi dan adalah mustahak bagi mereka untuk memastikan yang perempuan berasa selesa dan selamat sepanjang berada disisinya. Namun, sebagai seorang perempuan pula, haruslah kita mempunyai hati perut untuk memahami situasi lelaki agar kita tidak dilabel sebagai wanita yang memiliki sifat queen control atau pisau cukur. Okay?


sumber

Sejarah Rabies, Penyakit Anjing Gila

$
0
0
Sejarah Rabies, Penyakit Anjing Gila,

Penyakit Rabies dan biasanya disebut penyakit anjing gila diketahui telah wujud dalam sejarah manusia sejak 2000 tahun sebelum Masehi.

Menurut Kodeks Eshunna, kanun undang-undang di Mesopotamia kira-kira tahun 1930 sebelum Masehi menyebut bahawa pemilik anjing perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Jika dia gagal berbuat demikian dan ada mangsa yang digigit, pemilik anjing akan dihukum dengan hukuman yang berat jika mangsa tadi meninggal dunia.

Penyakit yang sangat bahaya

Penyakit anjing gila ialah sejenis penyakit virus yang menyebabkan radang otak pada manusia atau haiwan yang dijangkiti.

Simptom awal termasuklah demam atau terasa kebas pada tempat terkena jangkitan, kemudiannya diikuti dengan beberapa simptom lain, kelakukan agresif, sawan, simptom takut air (Hydrophobia), tidak mampu menggerakkan bahagian tubuh badan, kekeliruan dan koma.

Apabila penyakit ini mula menunjukkan simptom-simptom tersebut, kebiasaannya pesakit tidak dapat diselamatkan lagi.

Jangka masa di antara mulanya jangkitan virus penyakit ini dengan permulaan simptom biasanya di antara satu hingga tiga bulan walaupun begitu, jangka masa ini berubah-ubah di antara kurang dari satu minggu hingga lebih dari setahun.

Jangka masa ini berubah-ubah bergantung kepada jangka masa virus untuk sampai ke sistem saraf pusat.

Hidrofobia

Hidrofobia (fobia terhadap air) merupakan nama yang tidak asing lagi bagi penyakit anjing gila.

Ianya merujuk kepada beberapa simptom pertengahan penyakit ini di mana pesakit mengalami kesukaran menelan, berlaku panik apabila dihidangkan air minuman serta sentiasa berasa dahaga.

Dalam peringkat ini, air liur yang dihasilkan menjadi terlalu banyak dan pesakit bakal mengalami kekejangan otot yang sangat teruk pada kerongkong dan lelangit jika cuba meminum air.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan fakta di mana virus mula berganda dan berasimilasi dengan kelenjar air liur pada haiwan yang dijangkiti bagi membolehkan virus ini tersebar menerusi gigitan.

Keupayaan penyebaran virus akan berkurang secara mendadak jika pesakit mampu menelan air liur dan air minuman.

Hidrofobia biasanya dikaitkan dengan pesakit yang memiliki simptom berkelakuan agresif, di mana 80% pesakit mendapat simptom ini.

Manakala, baki 20% lagi merupakan pesakit yang mengalami simptom berkelakuan tidak agresif atau mendiamkan diri seperti otot yang lemah, hilang deria dan kekejangan, pesakit ini tidak mengalami hidrofobia.

Pencipta vaksin Rabies

Berdasarkan rekod, penyakit anjing gila dianggap sebagai wabak pada kurun 19. Penyakit anjing gila merupakan penyakit yang biasa. Penyakit ini berterusan tiada penawar.

Di Perancis dan Belgium, di mana Saint Hubert dihormati, Kunci St Hubert's dipanaskan dan digunakan untuk menyembuhkan luka.

Dengan menerapkan pemikiran berteraskan magik, anjing-anjing ditandakan dengan dengan tanda kunci dengan harapan memberi perlindungan daripada penyakit anjing gila ini.

Pada masa silam, rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dengan memotong sebahagian daripada lidah kerana ramai berpendapat di situ adalah tempat bermulanya virus penyakit ini. Amalan ini terhenti setelah penemuan sebenar asal-usul penyakit anjing gila ini.

Kebiasaannya, anjing dan hidupan yang dijangkiti termasuk manusia akan mati apabila sudah didiagnos dengan anjing gila sehinggalah dua orang saintis Perancis, Louis Pasteur dan Emile Roux mencipta vaksin rabies pada 1885.

Kawalan dan rawatan penyakit ini bertambah baik selepas itu dan pesakit dalam tempoh 10 hari selepas pendedahan dengan virus ini seperti digigit dan sebagainya boleh disembuhkan jika dirawat dalam tempoh 10 hari.

Virus Rabies pada air liur

Penyakit anjing gila dibawa oleh virus lyssaviruses dan boleh tersebar apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau manusia.

Air liur yang terdapat dari haiwan yang dijangkiti juga merupakan ejen penyebar virus ini jika terkena pada mana-mana bahagian badan.

Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99% kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing.

Apabila manusia terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini, virus akan bergerak ke sistem saraf pusat dengan melalui di bahagian saraf biasa. Penyakit ini hanya boleh dikesan selepas simptom-simptom ini kelihatan.

Sindrom Zombie

Pada masa kini pula, ketakutan terhadap penyakit ini masih lagi tidak dapat dibendung walaupun begitu, cara penyakit ini disebarkan dan simptom-simptom kini dijadikan inspirasi bagi kebanyakkan karya berkaitan zombi.

Penyakit ini digambarkan sebagai penyakit endemik yang menyerang manusia yang menyebabkan pesakit tersebut berkelakuan agresif serta menyerang manusia lain dengan menggigit anggota badan mereka.

Rawatan Penyakit Anjing Gila

Program vaksin dan kawalan haiwan mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit anjing gila di kebanyakkan kawasan di dunia.

Bagi pesakit yang terkena jangkitan ini, vaksin anjing gila dan imunoglobulin sangat efektif dalam melawan virus ini jika pesakit tersebut menerima rawatan sebelum simptom penyakit ini bermula.

Membasuh di bahagian yang terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini selama 15 minit menggunakan sabun dan air atau ejen detergen lain boleh mengurangkan risiko penyebaran virus dan mungkin juga sangat efektif dalam menghentikan pembawaan virus ini.

Setakat ini, hanya lima pesakit berjaya disembuhkan selepas simptom-simptom mula kelihata, dan keputusan ini boleh dicapai jika pesakit menerima rawatan menyeluruh yang dikenali sebagai protokol Milwaukee.


sumber

(6 Gambar) Hujung Tembok Besar China Yang Jarang Diketahui

$
0
0
the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,

Siapa yang tidak kenal tentang salah satu daripada tujuh keajaiban dunia ini? Ya,Tembok Besar China adalah salah satu keajaiban dunia yang sudah diketahui oleh hampir kesemua orang di dunia. Ia dibina sebagai kubu bagi melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik.

Walaupun belum pernah melihat secara terus bagaimana rupa Tembok Besar China, namun sekurang-kurangnya kita sering melihat foto-foto tembok besar yang panjang ini di internet. Walaupun begitu, ramai orang hanya mengenali sebahagian kecil daripada Tembok Besar China, dan tidak tahu bagaimana rupa pada hujung tembok ini.

Ramai pelancong hanya mengunjungi Tembok Besar China yang terletak di Beijing, sementara bahagian lain dari tembok ini jarang sekali dilawati, termasuk bahagian hujungnya. Dengan panjang mencapai 5.500 batu, wajar saja jika banyak orang yangbelum tahu seperti apa hujung Tembok Besar China.

Berikut merupakan beberapa gambar yang jarang disiarkan yang memaparkan hujung Tembok Besar China, yang dikutip dari Mental_Floss.

the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,

the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,

the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,

the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,

the end of great wall of china, hujung tembok besar china, tembok besar china,


Berhenti Berkongsi Gincu, Ini Dia Bahayanya

$
0
0
Bahaya Berkongsi Gincu, berhenti kongsi gincu,

Perkara yang paling sering dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah berkongsi atau bertukar produk kecantikan, terutamanya gincu. Kebanyakan perempuan saling cuba produk gincu bagi mendapatkan warna yang mereka gemari.

Namun ternyata berkongsi gincu dengan orang lain bukanlah perkara yang baik. Banyak perkara negatif yang boleh terjadi jika anda menggunakan atau meminjamkan gincu orang lain.

Tekstur gincu yang lembab membuatnya menjadi tempat yang paling baik buat bakteria untuk berkembang.

Oleh kerana itu apabila kita berkongsi gincu akan memudahkan bakteria dari gincu berpindah dari satu bibir ke bibir lain. Berkongsi gincu perlu dielakkan memandangkan bibir merupakan tempat yang boleh jadi ada bakteria.

Di dalam bibir terdapat pembuluh darah yang agak luas di permukaan kulit bibir yang sangat halus. Jika menggunakan gincu yang sudah dipakai oleh orang lain selama beberapa minggu, boleh jadi bakteria dan virus masih tetap melekat di dalam gincu itu sendiri.

Boleh jadi anda dijangkiti penyakit seperti bibir pecah-pecah, terkupas atau sariawan.

[Video] Tujuh Kegunaan Lain Garam Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Untuk Memasak Sahaja

$
0
0
Tujuh Kegunaan Lain Garam Yang Ramai Tak Tahu,

Selalunya bila sebut mengenai garam, kita pasti akan kaitkan dengan masakan yang mana bagi mengimbangi rasa, dan melengkapkan lagi hidangan.

Tapi, bukan itu sahaja kegunaan garam yang kita boleh gunakan, terdapat pelbagai lagi kegunaan lain garam, yang mana dapat memudahkan atau menyelesaikan permasalahan yang kita hadapai.

1. Bersihkan seterika

Biasalah bila dah lama gunakan, mesti seterika akan hitam di permukaan, atau ada yang melekat. Untuk hilangkannya, panaskan dahulu seterika pada tahap maksimum.

Kemudian, ambil kertas minyak, atau surat khabar, dan taburkan garam pada permukaan kertas tersebut.

Selepas itu, halakan seterika pada permukaan garam, dengan pergerakan ke hadapan dan ke belakang, dalam satu minit.

2. Terpecah telur

Bersihkan dengan mudah, telur yang pecah pada meja atau permukaan lantai.

Jika nak bersihkan dengan tisu, ia mungkin akan menggunakan helaian tisu dengan banyak.

Taburkan garam pada telur tersebut, dan biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudia lap dengan mudah.

3. Kuali ada nyalaan api

Munkin jika sedang masak, tiba-tiba nyalaan api memasuki pada bahagian kuali.

Sekiranya ada jumlah garam yang banyak, taburkan garam pada permukaan kuali, dan secara perlahan-lahan api akan mula hilang.

Ini kerana, sifat garam yang mengurangkan oksigen pada permukaan api.

4. Karat atau kesan terbakar pada kuali

Taburkan pada permukaan kuali yang terjejas dengan kuantiti garam yang mencukupi, kemudian masukkan air.

Selepas 10 minit, dengan mudah anda dapat tanggalkan kesan yang melekat pada permukaan kuali tersebut.

5. Bersihkan kotoran pada span

Bila dah lap kotoran pada permukaan kuali tadi, sudah pasti ia akan melekat pada span pula.

Masukkan dua cawan air pada bekas, dan taburkan garam, biar ia larut. Kemudian, rendamkan span tadi selama semalaman. Keesokan hari, span tersebut akan bersih seperti baru.

6. Bersihkan tab atau sinki

Jika ada ‘turpentine’ campurkan dengan kuantiti yang sama, satu cawan ‘turpentine’ dan satu cawan garam, biarkan ia bercampur.

Bukakan tingkap untuk pengudaraan, dan pakai sarung tangan.

Kemudian, ambil sebatian garam tadi, dan sapukan pada span, kemudian boleh mula menggosok pada bahagian yang terjejas.

7. Rambut atau gumpalan pada saluran air

Campurkan 4 cawan serbuk penaik, dan 4 cawan garam, biarkan ia sebati.

Kemudian tuangkan ke dalam saluran air tersebut. Ambil setengah cawan cuka putih, dan tuangkan juga ke dalam saluran biarkan selama 15 minit.

Sementara menunggu, panaskan air, dan tuangkan pada saluran tadi untuk membersihkannya.


sumber

(Video) Ikan Masih Mampu Meloncat Biarpun Hanya Tinggal Isi Kejutkan Netizen

$
0
0
(Video) Ikan Masih Mampu Meloncat Biarpun Hanya Tinggal Isi Kejutkan Netizen

Satu video yang memaparkan detik aneh bahagian isi ikan yang sudah siap-siap dipotong masih mampu meloncat-loncat biarpun keadaannya yang sedemikian rupa mengejutkan netizen.

Video kejadian itu dimuat naik oleh pengguna Twitter dari Jepun, Yutaka Suzuki, pada 5 Julai. Video berkenaan seterusnya menarik perhatian netizen yang rata-rata terkejut.

Setakat ia dimuat naik, video tersebut memperoleh lebih 135,000 retweet.

Sementara video itu viral, netizen-netizen lain turut mengambil peluang untuk menunjukkan kejadian yang hampir sama yang pernah berlaku sebelum ini.

Antaranya:

Ikan yang siap dihidang tapi masih bernyawa.

Daging yang masih boleh berenang biarpun sudah dipotong.


Dan juga ayam tanpa kepala ini.
Rasanya, bagi orang yang biasa menyembelih haiwan, perkara sedemikian biasa sahaja kerana sejurus sahaja disembelih, otot-otot masih lagi mempunyai tenaga biarpun sudah mati.


sumber : SK


Apakah yang Berlaku Jika Anda Berjalan Di Atas Lava? Tonton Ni!

$
0
0
pijak lava, jalan atas lava, gunung berapi lava, merapi lava,

Lava merupakan salah satu bahagian dari inti bumi, yang memiliki suhu yang sangat tinggi, antara 700 hingga 1,200 darjah Celsius. Lava dikeluarkan oleh gunung api yang meletus. Tetapi terdapat juga di beberapa buah negara, ada aliran lava yang muncul secara berterusan.

Contoh boleh kita lihat di Hawaii yang terdiri dari berbagai pulau gunung berapi, dan aliran lava yang paling terkenal ada di gunung berapi Kilauea.

Lava di Hawaii ini menjadi tanda tanya bagi ahli saraf Alex Rivest, yang sedang bercuti di Kilauea, Hawaii.  Pemandunya pun menawarkan untuk menginjak lava yang suhunya sangat panas. Selepas itu, apakah reaksinya ketika menginjak 'batu cair' tersebut?

"Tidak mengejutkan apabila menginjak batu cair tersebut, tidak seperti masuk ke dalam air panas, kerana berbeza bahannya. Anda mungkin tidak ingin terjatuh ke dalam lava, terinjak sedikit dan anda boleh terbakar, " kata River.

Jom tonton video pendek di bawah :



Beria Sangat Pakwe Suruh Aku Pakai Baju Kurung Kalau Nak Ikut Pergi Air Terjun. Rupa-rupanya…

$
0
0
pergi air terjun pakai baju ketat, kisah wanita berubah, perempuan berubah jadi baik,
Gambar Hiasan

Assalamualaikum.pertamanya terima kasih admin sebab kongaikan cerita saya yang tak seberapa ni.saya terpanggil untuk kongsi pengalaman sendiri lepas baca kisah ‘Awak sayang ALLAH?’..kisah tersebut lebih kurang sama dengan kisah yang saya alami sendiri.

Saya ni dulu memang bertudung.tapi bagai dikatalah ‘tudung tapi telanjang’.baju tu WAJIB sendat,ketat,melekat kalau tak memang saya tak keluar lah.seluar tu jangan kata nak duduk pun jenuh (boleh bayang lah kan ketat dia tu mcm mana) dan tudung tu pulak kena selepang atas bahu sampai ternganga dada tu..bangga seh! Aset kot..Masa berjalan tu mendada sikit..bila ada lelaki pandang terasa macam retis pulak..jadi public figure.

Saya berubah drastik bila ALLAH jentik hati saya perlahan. Bermula cerita bila saya sambung degree di Universiti di Selangor. Saya langsung tak pernah free hair bila keluar sebelom masuk ke u..tapi bila sampai di sana saya serumah dengan kawan2 yang semuanya free hair.Tiba2 saya jadi ‘galak’ nak ikut jejak dorang.Tapi baru ja nak tarik tudung saya terpandang gambar mak ayah yang saya lekat kat cermin..terus saya jadi tak tergamak nak tipu mak ayah saya walaupun tanpa pengetahuan dorang..ALLAH tu MAHA PENYAYANG..DIA takmau saya terus sesat..terus saya batal niat nak free hair..

Cerita yang lain pulak masa tu saya ada boyfren.nak dijadikan cerita satu hari dia ajak saya keluar ke Bukit Ke*****, tapi dengan syarat kena pakai baju kurung.saya dengan tak fikir banyak terus setuju..haritu kawan baik (Nia bukan nama sebenar) saya tidur dirumah saya.saya bagitau Nia yang Aiman (bukan nama sebenar) ajak saya keluar p Bukit Ke***** tapi kena pakai baju kurung (masa tu tengah kalut cari baju kurung dalam almari).Nia terus marah saya dan halang saya pakai baju kurung tapi suruh saya pakai seluar macam biasa.saya turutkan je tanpa banyak tanya sebab dah lewat.Lepas tu bila saya jumpa Aiman dia marah saya sebab saya tak ikut apa yg dia suruh.Aiman kata dia tak jadi bawak saya ke Bukit tu..bila balik ja rumah saya cerita kat Nia apa yang jadi.Nia terus kata yang dia dah banyak dengar cerita tak elok jadi kat Bukit tu..banyak couple kena tangkap basah kat sana..senang cerita orang gelar bukit tu sarang maksiat.tersentak saya dengar..apalah nasib saya andai kata saya ikut apa yg Aiman suruh..nauzubillahiminzalik masa tu saya dah fikir bukan2..ALLAH tu MAHA MELINDUNGI..

Dan klimaks cerita saya ALLAH ‘tegur’ kawkaw tapi secara lembut punya bila ALLAH jemput family saya menunaikan umrah.masa tu saya langsung tak rasa apa.memang tak rasa teruja atau apapon.terasa macam nak p melancong ja..hemm..saya langsung tak cari ilmu macam mana dan apa nak buat masa kat sana nanti..cuma ikut ja apa yang ayah saya buat.setibanya saya kat Masjid Nabawi,tiba2 hati saya rasa lain..dan bermulanya titik perubahan saya sekarang ni bila saya berpeluang untuk solat dalam Taman Raudhah..berapa ramai orang yg dah ada di masjid tu,tapi langsung tak ada rezeki nak solat di Taman Raudhah (Taman Syurga)?

 Bertuahnya saya rasa masa tu..masa pertama kali saya sujud dan dahi saya menyentuh sejadah Taman Raudhah,air mata terus mengalir..terasa diri ni kerdil dan hina sangat.ALLAHU..sampai sekarang masih terasa lagi perasaan tu..lepas tu saya jugak berpeluang untuk tengok sendiri payung2 gergasi yang ada depan Masjid Nabawi terbuka..ALLAH ALLAH..tergamam saya.tegak saya berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku bawah payung2 tu..berapa ramai orang yg dah sampai ke Masjid Nabawi tapi tak berpeluang nak tengok sendiri payung2 tu terbuka..alhamdulillah depan mata saya ALLAH tunjuk..ALLAH MAHA PENYAYANG..dan momen yang saya nak cerita yang akhir ni adalah titik tolak macam mana saya berubah secara drastik terutama dari segi pemakaian..masa tu saya dah ada di Makkah al Mukarramah..

saya nampak semua perempuan bertutup litup, berpurdah..saya pun pakai purdah sebab nak rasa ‘bond’ dekat situ (memang saya dah spare purdah dari rumah)..bila saya pakai ja timbul satu perasaan yang saya trasa bagai dilindungi..perasaan yang saya sendiri tak dapat nak gambarkan.lepas tu pulak saya try pakai tudung labuh..handsocks dan socks pulak saya beli kat penjual tepi2 jalan kat sana..mulanya pakai atas alasan senang nak solat,tak payah pakai telekung dah.Then..lama kelamaan I realise I totally fall in love in wearing purdah..I fall in love in wearing loose jubah..I fall in love in wearing handsocks n socks..I fall in love in wearing tudung labuh..sangat2 suka..dan masa nak balik ke Malaysia saya teringat macam mana pemakaian saya masa nak ke Madinah/Makkah..saya malu.saya menangis.saya rasa berdosa amat sangat.sanggup ‘jual tubuh’ kat orang ramai.kenyangkan nafsu lelaki2 yang bermata liar..ALLAHU ALLAH..jejak ja kaki saya kat bumi Malaysia,

saya dah nekad yang saya nak berubah terus.sampai je kat rumah tanpa berlengah terus saya asingkan pakaian yg tak ikut syariah untuk sedekah (walaupun masa tu saya cuma tinggal baju tak sampai 10 helai dan seluar 2 helai).Tak kisahlah kalau tak berbaki langsung baju yang ada tapi saya nekad.esuk tu terus saya bagi kat sepupu2 saya yang muat pakai.ramai orang terkejut dengan prubahan saya.even ayah saya sendiri tegur perubahan saya dan tanya saya kenapa pakai jubah,socks n handsocks setiap kali keluar.drastik sangat berubah, kata ayah.saya cuma tersenyum. Doakan saya sentiasa istiqomah. In sya ALLAH…

Kalau korang especially yang free hair,atau berpakaian tak ikut syariah dan tiba2 terasa di hati nak pakai tudung masatu,atau nak pakai baju longgar ke atau apa saja yg korang rasa,buat! Just do it..sebenarnya tu ‘teguran’ lembut dari ALLAH untuk korang.dan pada sesiapa yang berpakaian dah ikut syariah tu jangan memperlekeh kaum hawa yang belom bertutup sempurna..sebab kita taktau yang mungkin kedepan si dia yang korang lekeh kan tu akan jadi solehah melebihi diri sendiri..


sumber

Ketahui Bahaya Jika Anak Suka Duduk Seperti Huruf W

$
0
0
Ketahui Bahaya Jika Anak Suka Duduk Seperti Huruf W, bahaya anak kecil duduk pola duduk W,

Menjadi ibu bapa bukan hanya perlu tahu cara membesarkan anak saja, namun mesti mempunyai banyak pengetahuan yang berkaitan tentang anak, khususnya tingkah laku kanak-kanak yang boleh membahayakan kesihatan anak.


Walaupun tingkah laku yang dilakukan oleh si anak tidak kelihatan berbahaya, akan tetapi perilaku tersebut justeru boleh jadi senjata tersendiri buat si anak.


Apabila anak-anak anda bermain, adakah mereka berada dalam posisi duduk seperti membentuk huruf W? Cuba diperbetulkan agar tidak menjadi kebiasaan di kemudian hari, kerana kedudukan ini ternyata dapat menimbulkan masalah.


Sebenarnya, ramai anak-anak suka duduk dengan kedudukan menyerupai huruf W. Jika dipandang sepintas lalu duduk dengan kedudukan seperti itu tidak membahayakan, namun jika dibiarkan hal tersebut boleh membahayakan si kecil.


Posisi duduk yang popular di kalangan anak-anak ini disebut sebagai "Pola duduk W". Seperti dipetik dari Boredomtherapy.com, ternyata pola duduk seperti ini sangatlah berbahaya kerana meletakkan tekanan pada pinggul, lutut, dan pergelangan kaki.



Ketahui Bahaya Jika Anak Suka Duduk Seperti Huruf W, bahaya anak kecil duduk pola duduk W,

Bahayanya adalah boleh menimbulkan masalah postur di kemudian hari. Duduk dengan posisi ini dapat menyebabkan kekerasan otot yang serius dan menimbulkan rasa tidak selesa. Hal ini juga boleh menyukarkan anak untuk belajar mengendalikan tubuhnya.


Ibu bapa juga harus tahu, bahawa pembiasaan baru ini akan memerlukan masa. Anak-anak perlu terbiasa untuk melatih ototnya supaya mampu duduk dengan posisi yang betul.


Jadi, apabila si kecil kembali pada posisi duduk diantara dua kakinya, tegurlah, atau perlahan-lahan tarik kakinya, dan bantu mereka untuk duduk dengan kedua kaki bengkok di depan.


Juga, elakkan dengan hanya mengatakan "Jangan duduk seperti itu," melainkan beri contoh dan tunjukkan cara melakukan posisi duduk yang betul.


(Video) 'Abang lepaskan sayang dengan talak satu'- Kantoi Curang, Wanita Ini Minta Cerai Sambil Dirakam

$
0
0
cerai isteri sambil dirakam apabila kantoi curang, kantoi curang dengan indon,

Viral video seorang isteri merakam gelagat suaminya yang dikatakan kantoi berlaku curang dengan perempuan lain dalam kereta Perodua Alza.

"GRO ini ditangkap basah, sedang ngentot dengan suami saya dalam kereta Alza," tulisan dalam gambar yang dimuat naik oleh Nurain Abdullah, pada 27 Jun lalu.

Setelah lama memendamkan rasa, akhirnya Nurain mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian itu.

Dalam video tersebut, Nurain berkata,

"Isteri mana yang tak sakit hati, suami bersama dengan perempuan lain?" kata Nurain yang kemudian meminta suaminya melafazkan cerai terhadap dirinya di hadapan perempuan itu.

Tetapi lelaki itu meminta isterinya masuk ke dalam kereta. Namun Nurain enggan berbuat demikian.

"Disebabkan dia nak mempertahankan perempuan itu, saat ini dia akan lafazkan (cerai terhadap) saya. Sekarang," kata Nurain.

"Abang..." lelaki itu seperti keberatan untuk menuruti permintaan isterinya.

"Cakap saja, tak payah nak berkias-kias. Tak apa, Donna dah terima semua okey? Donna rela menjadi janda, yang penting bukan Donna yang buat salah, tak apa," kata Nurain.

"Abang lepaskan sayang dengan talak satu," kata si suami.

"Sebut nama Donna," pinta Nurain.

"Nurain Donna ****, saya Norhasidi Hashim lepaskan talak satu," kata suaminya.

"Kenapa talak satu? Kenapa tak talak tiga terus??" soal Nurain sebelum beredar meninggalkan lelaki dan perempuan simpanannya itu.

Berikut luahan Nurain mengenai apa yang berlaku:

Assalamualaikum. Saya nak cerita sikit masalah rumah tangga saya yang mungkin boleh jadi pengajaran untuk wanita di luar sana. Saya Ain, berasal dari Indonesia dan berkahwin di Malaysia dengan warga Malaysia yang bernama Norhasidi bin Hashim.

Sebelum berkahwin dengan Norhasidi, saya beragama kristian. Pada mulanya keluarga saya tidak berapa setuju saya berkahwin dengan dia kerana dia beragama Islam dan berstatus duda anak dua. Saya pada masa itu masih ada dara lagi. Tetapi saya berusaha sedaya upaya untuk menyakinkan keluarga saya bahawa pilihan saya adalah yang terbaik untuk saya.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya memeluk agama Islam dan bernikah dengan Norhasidi serta tinggal di Johor Bahru. Saya rela berjauhan dengan keluarga saya.
Selepas bernikah, saya berusaha menjadi isteri dan juga ibu yang baik untuk dua anak tiri saya yang pada masa itu masing-masing berusia 4 dan 5 tahun. Pada mulanya saya bahagia walaupun kehidupan kami serba kekurangan. Kami tinggal di rumah flat (sewa) dan kadang-kala belanja bulanan kami sering kekurangan. Tetapi saya tidak kisah dan tetap berada di sisi suami walau dalam apa jua keadaan pun.

Saya sudah menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu sebaik mungkin. Saya tidak kisah dengan keadaan yang susah, yang penting bagi saya ialah kami tetap hidup bersama sama ada dalam susah ataupun senang.

Tetapi kebahagiaan itu saya dapat rasakan hanya beberapa bulan sahaja. Saya dapat tahu suami saya ada perempuan lain. Bahkan saya dapat tahu yang dia beri perempuan itu duit RM700. Padahal pada masa itu satu sen pun dia tidak pernah bagi saya duit nafkah sehingga tiga tahun perkahwinan.

Sekarang usia perkahwinan kami sudah 10 tahun. Hasil perkahwinan dengannya, saya dah ada tiga orang anak. Ditambah dengan anak tiri, kesemua anak saya ada lima orang.

Selama 10 tahun perkahwinan, sudah lapan kali saya tangkap dia berlaku curang pada saya dengan perempuan yang berbeza-beza. Tetapi saya selalu memaafkan dia dan memberi dia peluang demi anak-anak. Tetapi bila dia dah naik pangkat dan mula berduit, dia sanggup menceraikan saya semata-mata mahu bersama dengan perempuan lain.



Sekarang saya dengan dia sudah sah bercerai. Saya tidak pernah bayangkan bahawa dia sanggup membuat saya begini sedangkan saya benar-benar ikhlas dan tulus mencintai dia. Saya benar-benar terasa terpukul, kecewa, buntu dan stress. Saya tak tahu nak mengadu kepada siapa.

Bila saya mengadu kepada keluarga saya yang berada di Indonesia, pasti mereka akan menyalahkan saya kerana saya tidak mahu mendengar nasihat mereka dulu. Di Malaysia, saya tiada sesiapa untuk mengadu.

Walaupun susah mahu melupakan semua ini, sekarang saya berusaha untuk redha dengan takdir Allah. Sekarang saya hidup berenam sahaja dengan anak-anak termasuk dua anak tiri saya yang umur mereka kini 14 dan 15 tahun.

Saya buntu, nak mengadu dengan keluarga sendiri nanti mereka akan menyalahkan saya. Terkadang saya terfikir nak bawa anak-anak saya semua balik ke Indonesia, tetapi saya takut anak-anak saya terpengaruh dengan agama keluarga saya. Saya juga risau dengan pendidikan anak-anak kalau kami berpindah ke Indonesia, sebab untuk bersekolah di Indonesia, sangat sulit. Saya risau masa depan anak-anak tidak terjamin di sana.

cerai isteri sambil dirakam apabila kantoi curang, kantoi curang dengan indon,

Alhamdulillah semua anak-anak saya di Malaysia ini cemerlang dalam pendidikan mereka. Tetapi kalau saya terus bertahan di sini, saya akan selalu kemurungan dan sedih. Tolonglah bagi pencerahan kepada saya.

Sumber: Nurain Abdullah

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Terima Santau Melalui Poslaju, Sila Berwaspada Semua !!

$
0
0
sihir guna poslaju, sihir angin,

BERHATI HATI…Pengajaran untuk diri sendiri jgk..

Aku bukannya reti nk lukis….so aku tulis benda yg betul2 jadi kat aku….
Parcel ni aku dpt awal puasa….mula2 hairan..yelah….aku x order ape2 masa tu….nama sender yg x jelas…alamat ntah ape2..

Aku pun bukak la sampul tu…. apa kat dlm adalah kosong…..ye kosong…tapi satu bau yg sangat wangi muncul..satu mlm semua org tegur aku wangi semacam…sampai aku berpeluh bau tu makin kuat….

Esok nya aku bangon…..aku jadi lemah sgt..aku biasanya ok..tapi hari tu….aku rasa lain…dan hari2 berikutnya….aku jadi org lain…ramai jugak kawan2 fb..sekitar…kawan kerja yg tegur aku berubah…tapi ape aku blh buat??

Aku jadi pelupa…semangat aku mmg xde..jiwa aku kosong…satu hari aku rasa sgt panjang..semalam aku rasa mcm dah 3 hari berlalu…aku jadi x suka bercakap dengan org..aku suka duduk dlm gelap..aku sblom nya suka tlg org yg ade masalah…perlukan duit…tapi kali ni aku blh marah sbb asik mintak kat aku..aku xsuka mkn…aku cuma suka minum..sbb badan aku panas…mcm x logic kan..sbb kau belom kena…aku dah rasa sakitnya..

Bab relationship & family aku xnk sentuh….sbb personal sikit…cukup lah aku hampir hilang semuanya…

Aku bukan x percaya benda tahyul…..tapi benda tu pun dah jadi kat aku…mula2 mmg aku x sedar benda ni berlaku…alhamdulillah skg aku dah ok…blh bwk perasaan tenang tu dtg balik…
Terima kasih pada yg merawat aku…

Lepasni…kalau korang dpt parcel dari sender yg korg x pasti….check dulu ye…hati2…kita x kenal siapa musuh kita….sape yg cemburu tgk kita..

Aku xnk besarkan perkara ni….just nk korg hati2….sbb aku dah tahu sape yg hantar..tapi aku x simpan dendam..

Alamat korg…nama penuh…kalau boleh sila rahsiakan sikit..sbb aku x beringat…aku jadi mcm ni…

Hati-hati semua. Macam-macam sekarang ni kan. Kongsikan, semoga jadi pengajaran untuk semua.

sihir guna poslaju, sihir angin,

sihir guna poslaju, sihir angin,

sumber


[Video] Pakar Kata Lebihkan 'Tummy Time' Untuk Bayi Baru Lahir Hingga Usia 3 Bulan Supaya Perkembangannya Lebih Memberangsangkan

$
0
0
tummy time, baby baring atas badan,

"Seronok ada baby rocker automatik ni. Baby aku sepanjang hari duduk dalam ni. Senang aku nak buat kerja rumah!"

Kalau ada ibu yang baru dapat bayi dan berfikiran begini, baik anda pertimbangkan semula apa yang anda lakukan. Ibu dan ayah, tolong jangan seronok dan berbangga sangat dengan "diamnya" bayi bila menggunakan peralatan moden yang dikatakan memudahkan bayi untuk tidur dan kurang menangis.

Sebenarnya, penggunaan perlatan moden tersebut perlu dikurangkan atau tak perlu terutama pada tiga bulan awal usia bayi. Konsultan Jurupulih Pekerjaan (Occupational Therapist), Puan Liyana Raya dalam facebooknya sangat-sangat menekankan kepada para ibu bapa supaya melebihkan letak bayi di atas lantai atau dada berbanding membiarkan mereka di dalam baby rocker, buaian dan sebagianya.

Kenapa? Bacalah selanjutnya penerangan beliau.

Tummy time for baby.

Sepanjang bayi lahir sampailah ke usia 3 bulan,please please please!!!

Kurangkan penggunaan buaian,baby rocker,baby court,atau apa saja peralatan moden.

Lebihkan tummy time.

Biarkan bayi di atas lantai,atas dada anda,'babywearing' yg betul menggunakan wrap atau ring sling,bayi diposisikan 'tummy to tummy' dengan anda,atau apa saja posisi tummy time asalkan ianya tummy time!

Tummy time juga dikenali sbg floor time.

Kenapa?

Sebab Allah ciptakan graviti. Bayi harus menggunakan otot2 badannya utk melawan graviti. Graviti ada di atas lantai utk bayi. Semua ni demi perkembangan motor kasar dan halusnya.

Dan demi banyak perkembangan lain lagi.

Bukan tak boleh dukung dengan kerap. Bukan tak boleh letak dlm buaian atau baby rocker atau baby court terus.

Flashcard? Big NO at this age. Sesiapa yg menunggu masa utk bersalin sama seperti saya,please jangan sesekali ada pemikiran seperti ini dalam kepala anda.

Ikut perkembangan bayi seperti fitrahnya. Jangan dibuat penambahan melainkan 'follow the flow of baby's developmental milestone'.

Ini akan saya explain panjang lebar dlm live video yg saya plan nak buat lepas bersalin nanti. Anda boleh tengok apa aktiviti saya dan bayi ketika usia 0-3 bulan.

Video :



Ke Mana Perginya Najis Dalam Tandas Pesawat?

$
0
0
Ke Mana Perginya Najis Dalam Tandas Pesawat

Sebagai penumpang pesawat, anda mesti pernah terfikir ke mana sisa tandas pesawat dibuang? Atau pernah terfikir adakah sisa tersebut dibuang begitu saja di angkasa ketika pesawat sedang terbang? Hehe.

Tandas pesawat atau biasa disebut dengan lavatory biasanya mempunyai teknologi khusus. Semenjak lebih dari 30 tahun, pesawat meggunakan tandas bersistem penghisap. Ia bertujuan bagi mengurangkan air sekaligus menurunkan berat muatan.

Dari penghisap itu, najis akan disalurkan ke sebuah tangki berkapasiti 757 liter yang berada di badan pesawat. Teknologi khusus pada tandas pesawat ini menggunakan najis yang dibuang menjadi beban tambahan bagi pesawat.

Ketika penerbangan, sisa tandas itu tidak boleh dibuang begitu saja dari angkasa. Ini kerana terdapat kunci keselamatan tangki yang hanya boleh dibuka dari luar pesawat.

Ke Mana Perginya Najis Dalam Tandas Pesawat

Tangki tandas itu biasa dibersihkan oleh petugas khas semasa pesawat berada di Apron iaitu tempat pesawat mengisi bahan bakar, menurunkan, dan mengambil penumpang. Jadi, sewaktu perjalanan udara, kita terbang bersama najis penumpang pesawat.



10 Bulan Saya Bersabar Dengan Dia Yang Kerap Parking Di Depan Rumah, Akhirnya..

$
0
0
10 Bulan Saya Bersabar Dengan Dia Yang Kerap Parking Di Depan Rumah, parking kereta depan rumah jiran, jiran park kereta,

Hidup berjiran ini, banyak perkara yang kita perlu ambil tahu dan ambil kira. Setiap tindakan yang diambil perlu difikir sehabis boleh bagi mengelakkan jiran terasa hati sehingga menimbul rasa kurang selesa, sekali gus meruntuhkan kesefahaman di antara jiran tetangga terutamanya tentang parking.

Jangan sesekali kita meletakkan kereta di depan rumah jiran, meskipun pada ketika itu tiada lagi ruang atau tempat parking berhampiran dengan rumah kita. Sebaiknya, letaklah kereta anda di tempat yang tidak menganggu jiran.

Seperti apa yang dikongsikan oleh blogger Pepper Lim, sudah 10 bulan beliau menahan sabar dengan sikap jiran yang gemar meletak kereta di depan rumahnya sehingga menyukarkan keretanya untuk keluar dan masuk.

Pelbagai cara yang telah diambil termasuk bersemuka dengan pemilik kereta tersebut, namun tidak diendahkan. Sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan terakhir yang membuatkan pemilik kereta itu serik buat selama-lamanya.

Oleh Pepper Lim

Jiran saya ini, si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia di depan pintu pagar rumah saya. Saya tak tahu dia kerja di mana tetapi dia kerap balik sekitar jam 3 pagi. Pada waktu itu, sudah tiada tempat kosong untuk dia letak kereta. Jadi, dia ambil keputusan untuk letak kereta dia di depan rumah saya dan hanya akan alihkan keretanya pada jam 2 petang keesokan hari.

Dia duduk di rumah bujang (rumah sewa) iaitu sebelah rumah saya. Saya sudah banyak kali mengetuk pintu pagar dia tetapi tidak pernah dilayan. Pernah sekali dua saya berjumpa dengan budak-budak penyewa yang lain di rumah itu, tetapi mereka kata mereka tidak kenal satu sama lain. Jadi, mereka tak dapat nak tolong saya panggil si bangang berkenaan.

Saya dah banyak kali tinggalkan notis di cermin kereta dia, tetapi langsung tidak dihiraukan. Kemudian saya letak notis minta nombor handphone dia agar saya dapat menghubunginya untuk mengalihkan kereta. Malangnya notis itu dibuang begitu sahaja.

Sekali dua, saya bersemuka dengan dia dan mengingatkan agar jangan letak keretanya di depan rumah saya lagi. Tetapi beberapa hari kemudian, dia mengulangi lagi perbuatannya.

Jadi, saya menghubungi MBPJ dan terangkan masalah yang berlaku. Operator yang menjawab panggilan saya itu boleh pula bergurau berkata, "Kenapa tak pecahkan cermin kereta dia?" 

"Kalau boleh, memang saya nak pecahkan cermin kereta dia. Si bangang itu dah letak kereta dia di depan pagar rumah sehingga menghalang laluan kereta saya untuk keluar masuk selama 10 bulan. Saya memang dah cukup bersabar dengan dia." kata saya kepada operator berkenaan.

Operator terbabit menasihatkan aku agar bersabar dan dia akan hantar pegawai untuk saman kereta lelaki berkenaan.

parking kereta depan rumah jiran, jiran park kereta,

Sebenarnya, kita tidak boleh letak kereta sebarangan atau di mana-mana sahaja kecuali dalam petak yang disediakan oleh MBPJ. Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh disaman sebanyak RM30.00. Jika saman yang dikeluarkan itu tidak dibayar, ia akan naik RM100.00.

Percaya atau tidak? Si bangang itu masih lagi meletakkan keretanya di depan pintu pagar ruah saya. Nah, tengok berapa banyak saman yang telah dikeluarkan terhadapnya.

Sekali lagi saya buat aduan kepada MBPJ dan kali ini mereka menasihatkan saya membuat laporan polis.

Selesai buat laporan polis, polis datang ke rumah saya dan nampak kereta si bangan itu parking di depan rumah saya. Ketika itu, saya tiada di rumah. Jiran saya yang seorang lagi keluar dan berbincang dengan polis. Menurutnya, si bangang itu juga pernah meletak kereta di depan rumahnya, namun tidak berani membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Polis pasang lampu siren dan ketuk pintu pagar rumah si bangang berkenaan, namun dia enggan keluar. Jadi polis memaklumkan kepada jiran saya itu bahawa mereka akan kembali lagi pada masa yang lain, sebelum beredar.

Sebaik sahaja polis beredar, si bangang ini cepat-cepat keluar dan alihkan kereta dia. Selepas peristiwa itu, dia langsung tidak pernah meletakkan keretanya di depan rumah saya lagi.

parking kereta depan rumah jiran, jiran park kereta,

Saya memang cuba hidup berbaik-baik dengan jiran-jiran, tetapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup berjiran. Jadi akibatnya, dia kena bayar saman RM1,000.

'Baru Kahwin 4 Minggu Tapi Usia Janin 6 Minggu'. Doktor Ini Dedahkan Bunting Pelamin Bukan Semuanya Sebab Zina !!

$
0
0
Bunting Pelamin Bukannya Hamil Anak Luar Nikah, bunting pelamin, hamil awal,

"Tahniah, puan disahkan mengandung. Mengikut kiraan, usia janin ini lebih kurang enam minggu," kata doktor.

"Tetapi doktor, kami baru berkahwin 4 minggu yang lalu. Apa orang lain akan kata nanti?" soal pasangan berkenaan.

Pasangan ini bernikah dan naik pelamin pada 28 Januari 2017 iaitu pada cuti raya Cina yang lalu. Empat minggu kemudian iaitu 28 Februari 2017, pengantin perempuan disahkan mengandung dan usia janin dianggarkan 6 minggu. Apa yang terjadi sebenarnya?

Bunting pelamin adalah 'misnomer'. Ia seolah-olah menggambarkan pengantin perempuan telah hamil ketika bernikah dan menaiki pelamin sedangkan bukan itu yang berlaku sebenarnya. Bagi individu yang bunting pelamin, anda akan mendapati usia janin anda akan awal 1-2 minggu sebelum tarikh pernikahan dan mungkin boleh mengundang pandangan seorang orang ramai.

Contohnya anda berkahwin baru 4 minggu, namun doktor mengatakan usia janin anda 6 minggu. Di sinilah munculnya kata-kata nista daripada golongan yang suka menghina namun fakta pun tak tahu. Jika ada yang mengutuk atau pandang serong, jangan bimbang atau malu kerana mereka dengan secara sengaja telah menunjukkan kebodohan dan keaiban mereka secara terbuka.

Saya jelaskan kenapa perkara ini berlaku. Jika anda rujuk buku antenatal, ada tertulis tarikhr Last Menstrual Period (LMP) dan doktor juga akan bertanya bila hari pertama haid (menses) yang terakhir. LMP ialah hari pertama haid bermula.

CONTOH: 

14 Januari 2017 (2 minggu sebelum nikah)
  • Ovulation pula ialah hari ovum dilepaskan kira-kira sekitar hari ke-14.

28 Januari 2017 (pada hari pernikahan)

  • Persenyawaan pula boleh berlaku dalam tempoh 12-24 jam selepas ovum dilepaskan. Sperma boleh 'hidup' 3-7 hari di dalam rahim untuk 'bersaing' mempersenyawakan ovum yang akan 'luput' selepas tempoh tersebut. 

28 Januari 2017 (pada malam pertama pernikahan)

  • Kebiasaannya wanita disahkan hamil selepas 'missed period' atau tidak datang haid selama 1-2 minggu dan ini akan 'trigger' pasangan untuk melakukan ujian kehamilan melalui air kencing pada minggu ke-5 atau ke-6 dari tarikh haid yang pertama. 

28 Februari 2017 (4 minggu selepas nikah dan 6 minggu selepas haid yang pertama)

  • Apabila anda mengandung, doktor akan mengira usia janin anda bermula daripada tarikh LMP (sekiranya sangat pasti tarikh tersebut dan haid anda teratur serta tidak mengambil perancang keluarga) walaupun ketika itu belum ada persenyawaan berlaku. 

LMP 14 Januari 2017

  • maka usia janin ialah 6 minggu pada 28 Februari (usia janin yang dikira melalui tarikh haid pertama bukanlah usia janin sebenar kerana jani terbentuk pada hari persenyawaan). Bagi kes-kes lain yang tidak memenuhi syarat dalam kurungan, usia janin ditentukan melalui imbasan ultrasound seawal usia yang boleh. 

Jangan bimbang kerana semua kajian telah mengambil kira faktor ini untuk menentukan sama ada janin anda telah matang, belum matang, melebihi usia matang atau apa-apa intervensi perubatan atau dalam menentukan parameter ultrasound.

Namun apabila mengetahui fakta ini, ada pihak yang pandai-pandai lewatkan sendiri dua minggu sesuka hati seolah-olah penyelidik-penyelidik sebelum ini tidak pernah terfikir perkara sebegini. Ini hanya membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Contohnya selepas tempoh EDD iaitu tarikh dijangka bersalin, ada pihak yang enggan ke hospital dan sengaja menunggu dua minggu lagi kononnya mereka tahu tentang ini. Sedangkan dengan berbuat demikian, risiko bayi mati dalam kandungan adalah sangat tinggi.

Akhir sekali, jangan pandang serong pada individu yang bunting pelamin kerana anda hanya akan menampakkan kebodohan diri sendiri.


sumber

Sejarah Dan Asal-usul Serta Fakta-Fakta Menarik Mengenai Chess Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

$
0
0
fakta catur, fakta chess, sejarah chess, asal-usul catur,


1. Catur ialah permainan berbentuk strategi yang dimainkan 2 orang pemain di sebuah papan 64 petak dengan 16 buah catur untuk setiap orang. Terdapat 3 fasa dalam permainan catur iaitu pembukaan (opening), permainan pertengahan (middle game) dan pengakhiran (end game). Permainan yang rasmi atau formal akan dibekalkan jam mekanikal atau digital bagi setiap meja.

2. Catur dipercayai berasal dari permainan yang dipanggil ‘Chaturanga‘ yang dipercayai berasal dari India pada abad ke 6. Chaturanga adalah ayat Sanskrit yang merujuk kepada empat bahagian ketenteraaan India lama iaitu gajah, pasukan berkuda , kereta perang (pedati kuda) dan infantry.

3. Dari India, permainan ini tersebar ke Parsi. Apabila orang-orang Arab menakluki Parsi, catur telah diambil oleh dunia Islam dan kemudiannya merebak ke Eropah Selatan. Permainan catur yang dimainkan pada hari ni adalah permainan yang telah dmajukan eropah selatan. Permainan catur atau dalam bahasa arabnya ‘Shatranj’ telah diubah suai dan beberapa peraturan baru telah ditambah.

4. Perkataan “catur ataupun chess” itu sendiri berasal dari perkataan “Chaturanga”
Perkataan ‘checkmate’ berasal dari frasa Parsi, “shah mat” dimana membawa maksud “ Raja Telah Mati “.

5. Buku kedua yang pernah dicetak dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan catur. Papan catur yang pertama memperkenalkan warna terang dan gelap pada tahun 1090 di Eropah.

6. Jam catur mekanikal pertama dicipta oleh Thomas Wilson pada tahun 1883 dan telah disempurnakan oleh Veenhoff pada tahun 1900.

7. Pertandingan catur antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1851 di London.
Permainan catur tertua direkodkan dalam sejarah adalah dari 900-an, di antara seorang ahli sejarah dari Baghdad dan muridnya.

8. Permainan catur juga umpama Matematik dan Sains. Terdapat beberapa formula dan teori untuk dihafal dan diterjemahkan melalui gerakan gerakan, lebih lebih lagi pada fasa permulaan. Antara nama nama strategi pada fasa permulaan (opening) ialah Scorch Opening, English Opening dan Spanish Opening. Antara variasinya pula ialah Dragon Variation dan Bird Variation. Terdapat ratusan, mungkin ribuan formula yang berbeza setiap lamgkah bagi strategi pembukaan atau permulaan permainan. FIDE iaitu Federation Internationale des Echecs atau Pertubuhan Catur Dunia telah ditubuhkan pada tahun 1924 di Paris, Perancis. FIDE menggunakan motto “Gens Una Sumus” dalam bahasa latin iaitu “We Are One People”.

9. Permainan catur juga memilik gelaran atau anugerah yang diiktiraf FIDE.Ianya bermula dengan Candidate Master (CM) , FIDE Master (FM), International Master (IM) dan yang tertinggi adalah Grandmaster (GM). Biasanya dalam bentuk yang ringkas, ia boleh digunakan sebagai gelaran seorang. Sebagai contoh Viswanathan Anand boleh digelar sebagai “GM Viswanathan Anand”. Gelaran ini dimulakan pada tahun 1950. Rusia mempunyaipaling ramai pemain bertaraf Grandmaster melebihi dari mana-mana negara lain dengan berjumlah 15 6orang. Jerman adalah kedua dengan 61dan Amerika Syarikat mengekori rapat dengan 60.

10. Berdasarkan ranking semasa, Russia menduduki tempat pertama dalam sukan catur diikuti Amerika dan China. India menduduki tempat ke 5 dan Israel pada tempat ke 12. Di rantau ASEAN, Vietnam menjuarai ranking dengan kedudukan ke 38 dan Malaysia menduduki tempat ke 77 dan Singapura menduduki tangga ke 62.

11. GM Magnus Carlsen yang berasal dari Norway menduduki tangga pertama dan diikuti oleh GM Wesley So (USA) dan Vladimir Kramnik ( Russia ). Antara pemain catur terbaik sepanjang zaman ialah Garry Kasparov dari Russia yang sekarang bertindak sebagai ahli politik berhaluan kiri. Beliau juga merupakan guru kepada pemain no 1 dunia.

12. Tidak ketinggal juga seorang lagenda berasal dari Amerika iaitu Bobby Fisher. Watak beliau dilakonkan dan diceritakan semula dalam filem “ Pawn Sacrifise” (2014) yang menampilkan Tobby Maguire sebagai Fisher. Fisher merupakan seorang yang anti-semitik ( walaupun mempunyai darah yahudi ) dan perjalanan hidup beliau sememangnya penuh dengan liku liku seperti ditangkap oleh pihak berkuasa dan berpindah randah disesebuah negara kerana mempunyai isu dengan kerajaan Amerika. Beliau hilang dari pandangan umum pada tahun 1992 dan meninggal pada tahun 2008 di Iceland.

13. Tahukah anda , seseorang pemain mampu bermain catur tanpa melihat papan catur ? permainan tersebut dipanggil “ blindfold game”. Pemain hanya akan berkomunikasi melalui ‘chess notation’ atau isyarat bagi pergerakan catur bagi bermain. Biasanya,pemain akan menggunakan seseorang untuk menggerakkan buah catur tersebut.


sumber

Amalkan Makan Bawang Putih Setiap Malam Agar Tubuh Bebas Toksin, Cukup Luar Biasa!

$
0
0
khasiat bawang putih, manfaat bawang, kebaikan bawang, bawang toksin dalam badan,

Sepanjang berhari raya ini, pasti telah bermacam-macam juadah dinikmati. Namun jika mengalami sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ini pastinya akan menyebabkan toksin akan terkumpul di dalam tubuh dan sekali gus memberi kesan yang tidak sihat untuk tubuh.Oleh itu ada baiknya anda amalkan petua ini setiap malam sebelum tidur.

Caranya cukup mudah dengan menggunakan bahan utamanya iaitu bawang putih. Dikatakan bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari toksin atau racun dan membantu anda menyelesaikan beberapa jenis penyakit. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh dan sekali gus melancarkan sistem penghadaman.

Cara Penyediaan :

1. Potong beberapa hirisan bawang putih.

2. Kemudian tambah satu sudu air.

3. Masukkan perahan air lemon dan minum.

Info Tambahan

Ulangi prosedur ini setiap malam sebelum tidur dan pastikan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh.

'Kerja Kat Singapura Boleh Cecah RM6000,Tapi...' - Lelaki Ini Kongsi Realiti Mereka Yang Kerja Di Singapura Untuk Sara Hidup

$
0
0

Dalam kehidupan ekonomi yang mencabar dan kos sara hidup yang tinggi ada diantara kita terpaksa mencari kerja kedua malah kerajaan juga pernah menyarankan rakyat supaya mempunyai dua pekerjaan.

Bagi segelintir dari kita, ada yang beralih arah ke negara jiran Singapura kerana kadar tukaran mata wang yang tinggi mungkin dapat menampung kehidupan dan keluarga dapat hidup dengan lebih selesa. Namun ianya tidak mudah malah banyak perkara yang perlu dikorbankan.

Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Capit Angah yang berkongsi realiti kehidupan mereka yang bekerja di Singapura. Hanya yang tabah dan cekal mampu bertahan. Ikut perkongsian lelaki ini dibawah.


Ni mai sini aku nk explain.. Ya memang betul duit Singapore (SGD/Dollar) 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia (RM/Ringgit).. Contoh klu gaji SGD1000 tukar jadi RM3000.. Klu rajin buat OT bleh cecah SGD2000, bersamaan RM6000..

Bila sebut sebulan bleh dpt RM6000, perrgghhh berduyun2 org Malaysia nk keja.. Org KL mai nk keja Singapore, aku ckp "sanggup ka hadap jem ni??".. Dia jawab "alaaa KL tu jem lg rabak laa".. Aku jawab "OK, good luck".. Bila dh start keja, dua hari terus blah.. Bila tnya "knp blah??".. Ramai yg jawab "dia punya jem x boleh tahan la".. Aku hanya mampu tersenyum bila dengar jawapan tu..


Persoalannya skrg, knp geng2 yg blah ni x kaya pon.. Org akan jwb "memang la x kaya sbb depa blah".. So kesimpulan dlm cerita ni, bukan org yg kerja di Singapore kaya.. Tapi org yg sanggup hadap kesusahan dan ujian, pasti Allah beri kejayaan.. Taw ka apa yg kami hadap utk dapatkan RM6000 sebulan?? Mai la hadap dulu.. Masa baru2 start keja mungkin akan rasa perit sikit la.. Bila dh lama2 ok la dh biasa.. Jgn sembang ribut klu angin pon takdak.. Nk berjaya kena usaha geng.. Klu takut dgn kesusahan, jgn mimpi kesenangan..

Pepatah Arab ada mengatakan, MAN JADDA WAJADA..Anda usaha, anda dapat.. Hang nak, hang usaha.. Simple.. Allah bukan zalim.. Yg zalim ni manusia.. Biarlah org nk kecam aku ka apa ka dgn status ni.. Sekurang2nya aku puas hati dgn usaha titik peluh aku sendiri.. X harap duit mak bapak..

Kami yg bekerja di Singapore ni bukanlah kaya.. Tp mungkin bleh disebut sekadar "selesa".. Klu kaya dh lama aku beli Ferrari atau Lamborghini.. Moral of the story, bekerja di Malaysia pon bleh berjaya klu usaha bersungguh2.. Saya akhiri dgn serangkap pantun..

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK,
JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI,
KALAU TAKMAW KENA PENYEPAK,
JANGAN DOK CAKAP PANDAI.

Sekian..


Viewing all 346 articles
Browse latest View live