Quantcast
Channel: Info Viral
Viewing all 346 articles
Browse latest View live

Romantik! Anak Pengasas Naza Motor Lamar Anak Perempuan Jelita Billionair Malaysia Vincent Tan

$
0
0
Romantik! Anak Pengasas Naza Motor Lamar Anak Perempuan Jelita Billionaire Malaysia Vincent Tan

Berita mengejutkan yang semakin tular di media sosial selepas gambar anak perempuan ahli perniagaan dan ‘billionaire’ terkenal Dato’ Vincent Tan dilamar di Instagram.

Di fahamkan Chryseis Tan dilamar oleh kekasih hatinya, Faliq Nasimuddin, anak kepada jutawan Arwahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin. Tan Sri Nasimuddin Amin merupakan pengasas kepada kumpulan Naza, salah satu nama terbesar dalam industri perniagaan permotoran di Malaysia.

vincent tan naza moto kahwin anak, anak vincent tan lamaran,

melayu kahwin cina, cinta billionair, cinta naza dan vincent tan,


A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu

$
0
0
Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Agak melucukan apabila seorang pelancong wanita di China rebah tak sedarkan diri selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed menyebabkan ia patah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan.

Pun begitu, anda mungkin mengalami perkara sama apabila mengetahui barangan yang tak sengaja dirosakkan bernilai 300,000 yuan (RM190,000).

Memetik Shanghaiist, sebelum kejadian berlaku wanita itu sedang mencuba gelang berkenaan ketika mengunjungi pasar jed Ruili Jiegao, Selasa lalu.

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu harganya menyebabkan dia mencabut gelang berkenaan dengan tergesa-gesa. Malangnya, gelang itu patah dua selepas terjatuh ke lantai dan dia kemudiannya dimaklumkan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM190,000.

Insiden itu menyebabkan wanita terbabit mengalami serangan panik sehingga jatuh pengsan.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik selepas penilaian dilakukan mendapati gelang itu bernilai 180,000 yuan (RM114,000).

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,


3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot

$
0
0
hilangkan sakit sendi, melegakan rasa tak sedap badan, hilangkan lenguh pinggang dan belakang badan,

Mungkin ramai daripadapa anda seringkali sakit pinggang dan leher pula sering berasa tegang ketika bekerja? Mungkin sukar berdiri selepas duduk seharian di pejabat?

3 cara berikut ini jika dilatih secara teratur dapat menyingkirkan sakit penyakit yang tidak perlu. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atasmu hingga tidak mudah sakit lagi.

1. Regangan otot dada

regangan otot, regangan leher dan pinggang, melegakan sakit pinggang, melegakan sakit leher,

Cari sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar, tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan. Campurkan dengan gerakan putaran pinggang. Di luar itu tambahkan juga dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.

2. Teknik renggangan dengan bola tenis

senaman sakit pinggang, senaman sakit belakang, petua legakan sakit belakang,

Teknik renggangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis. Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1 minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang sepanjang 3 kali.

3. Renggangan dengan belon untuk punggung bahagian atas

senaman sakit pinggang, senaman sakit belakang, petua legakan sakit belakang,

Belon seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan renggangan di bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah. Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.

Dalam beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit itu bakal beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih relaks

Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

$
0
0
Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

Penyanyi Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang bilionair Arab Saudi, Hassan Jameel.

Hubungan itu mula dihidu selepas beberapa keping gambar pasangan itu sedang bercuti di sebuah villa mewah di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini tersebar.

Rihanna dan Hassan dilihat berkucupan ketika sedang berenang di dalam sebuah kolam mandi.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.

Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.

Sementelah itu, baik Rihanna mahu pun Naomi, masing-masing sudah tidak mengikuti media sosial Twitter dan Instagram masing-masing.

Sumber memaklumkan Rihanna mula berkenalan dengan Hassan sejak 10 bulan lalu.


sumber

Inilah Sebab Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur

$
0
0
Inilah Sebab Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit

 "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

sumber

P/s : jangan la langgar fitrah manusia dan buat benda yang allah murka



Prada Jual ‘Paper Clip’ Dengan Harga RM795!

$
0
0
paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Sebelum ini, jenama fesyen Balenciaga dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru seperti beg ikonik Ikea pada harga RM9,450, kali ini Prada pula dikecam oleh netizen.

Ini kerana jenama mewah tersebut dikhabarkan mengeluarkan paper clip yang berharga mencecah hampir RM795 (US$185). Memang tak masuk akal!

Paper clip yang dicetak dengan jenama Prada itu sebenarnya ialah money clip yang boleh diletakkan dalam dompet.

paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Money clip ini dibuat menggunakan sterling silver yang berukuran 6.25 inci panjang dan lebar 2.25 sentimeter.

Rata-rata netizen memberikan komen sinis menyelar keluaran produk tersebut yang dianggap mengarut.

“Ready for another round of ‘ridiculous things I’ve ever seen’? I present to you, a 185$ paper clip. I can’t. (Sudah bersedia dengan benda mengarut yang pernah anda lihat? Saya persembahkan kepada anda, sebuah klip kertas berharga US$185 (RM795). Saya tak boleh terima ini).”


sumber

Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh

$
0
0
Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh, senaman kemutan, senaman kegel wanita, senaman kuatkan rahim,
Image by: sweetncozy

Tahukah anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Antara Simptom Peranakan Jatuh

  1. Rasa berat disekitar kawasan ari2. Seperti sesuatu yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dibahagian pembukaan faraj tu.
  2. Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
  3. Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.
  4. Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
  5. Sakit pinggang yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
  6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cara hendak mengetahuinya :

  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul.

Anda juga boleh mengesan sendiri dengan cara berikut :

1.Cara pertama :

Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul.
Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.

2.Cara kedua :

Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
Ia lembut dan seperti guli. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. Untuk mendapatkan kepastian. Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya

Faktor-faktor peranakan jatuh:

  • Menopaus
  • Kerap mengandung
  • Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep atau vakum
  • Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja dengan memberi tekanan kepada abdomen
  • Peningkatan berat badan
  • Sembelit
  • Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan
  • Merokok
  • Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.

Merawat peranakan jatuh dengan senaman otot

Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

Berikut adalah gambarajah senaman kemutan yang dapat membantu :

senaman kemutan wanita, senaman kuatkan rahim wanita, semana kegel perempuan peranakan,


Dipercayai Dibela Oleh Monyet, Gadis Mogwli Ditemui Di Kawasan Hutan

$
0
0
gadis dibela oleh haiwan, monyet jaga manusia, hadis dibela oleh monyet,

India, sebuah negara 1.1 bilion manusia memang penuh dengan kejadian aneh.

Baru-baru ini, penduduk India heboh dengan penemuan seorang gadis berusia lapan tahun yang berkelakuan seperti monyet.

Memetik laporan Daily Mail, kanak-kanak perempuan itu hidup dan dibesarkan oleh monyet, sehingga ia tidak dapat berjalan ataupun bercakap seperti manusia.

Gadis yang diasuh monyet itu kemudian diberi nama Mogwli, seorang anak manusia yang dibesarkan binatang di dalam hutan liar dalam novel The Jungle Book karya Rudyard Kipling.

Anak yang dilaporkan berkomunikasi dengan berteriak seperti monyet dan berjalan dengan cara merangkak itu mulanya ditemukan polis di taman terpencil di Bahraich, Uttar Pradesh, India utara.

Jurucakap polis tempatan Suresh Yadav, menemukan kanak-kanak itu ketika membuat pemeriksaan rutin sekitar dua bulan lalu.

Katanya, mengikut pengamatan beliau kanak-kanak itu kelihatan amat selesa dalam kalangan monyet di Katarniaghat Wildlife Sanctuary, dekat perbatasan dengan Nepal.

Polis kemudian membawa anak itu ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan.

Setelah itu, Mogwli mulai memperlihatkan perubahan meski belum sepenuhnya.

“Gadis itu ditemukan dua bulan lalu, makan dan berjalan seperti haiwan, dan melarikan diri ketika melihat manusia. Dia memiliki tanda di kulitnya, tampak seperti dia telah hidup dengan haiwan untuk beberapa waktu. Sekarang dia lebih baik dan sihat,” kata ketua Jabatan Kesihatan DK Singh.

Doktor yang merawatnya berkata, gadis Mogwli itu masih sering marah dan juga masih makan langsung dari mulutnya dan berjalan seperti binatang, menggunakan tangan dan kakinya serentak.


sumber


Tak Makan Sayur Sebab Tak Sedap? Akibatnya Boleh Buat Anda Ubah Fikiran!

$
0
0
makan sayur untuk sihat, kesan buruk tak makan sayur, sayur tak sedap,

Anda sering mengalami masalah pencernaan? Berhati-hatilah! Jangan ambil lewa masalah ini kerana ia boleh menjurus kepada risiko kanser usus.

Memetik Okezone, pakar onkologi Dr Henry Naland berkata faktor keturunan menjadi salah satu penyebab utama kanser usus, namun faktor pemakanan juga menjadi penyumbang besar kepada penyakit ini.

Henry berkata amalan tidak sihat seperti jarang mengambil sayuran menyebabkan tubuh seseorang kekurangan serat penting diperlukan tubuh, sekali gus boleh menyebabkan kanser usus.

"Serat penting untuk mengeluarkan baki kotoran atau zat tidak diperlukan tubuh. Kotoran yang gagal dikeluarkan segera dari tubuh akan menjadi racun dan mengubah komposisi sel dalam tubuh. Perkara itu boleh menjadi tanda awal kanser," katanya.

Sayangnya, tak semua orang menggemari sayuran, malah terdapat segelintir individu yang tidak pernah makan sayur dalam hidupnya kerana menganggap ia tidak enak dimakan.

makan sayur untuk sembelit buasir kolestrol, sayur elak kanser usus, kenapa mesti makan sayur,

Selain kanser usus, mengabaikan pengambilan sayur dalam kehidupan seharian boleh menyebabkan beberapa penyakit lain seperti:

1. Sembelit
2. Buasir
3. Gula dalam darah tinggi dan kencing manis
4. Kolestrol tinggi dan sakit jantung

Jadi, bagi sesiapa yang kurang mengambil sayuran dalam hidupnya, ubahlah gaya hidup anda.

Bosan Kehidupan Mewah, Jutawan Di China Jadi Tukang Sapu

$
0
0
jutawan china bosan, jutawan sapu sampah, jutawan jadi tukang sapu, jutawan low profile, jutawan rendah diri,

Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang sapu semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China.

Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China.

“Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada,” kata Yu.

Tegasnya, dia tidak mahu memberi tanggapan kepada anak-anaknya bahawa menjadi orang kaya dan tidak perlu berbuat apa-apa adalah perkara yang mudah. “Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang.”

Kedua-dua anak Yu memperoleh pendapatan bergaji. Anak lelakinya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan bulanan kira-kira RM987 manakala anak perempuannya memperoleh gaji kira-kira RM1,480 dengan pekerjaan yang tidak menentu.


Yu sendiri memperoleh pendapat bulanan kira-kira RM641 sahaja. Yu mula bekerja sebagai tukang cuci kira-kira satu dekad dahulu selepas bosan dengan gaya hidup yang penuh dengan kemewahan.


jutawan china bosan, jutawan sapu sampah,

jutawan china bosan, jutawan sapu sampah, jutawan jadi tukang sapu, jutawan low profile, jutawan rendah diri,

jutawan china bosan, jutawan sapu sampah,

Video: Lemang Tok Janggut Jadi Pilihan, Harga Sama Sejak 10 Tahun Lepas

$
0
0
lemang tok janggut, lemang murah dari dulu, lemang harga sama dari dahulu,

KUALA LUMPUR – Lemang yang dihasilkan daripada campuran pulut dan santan, kemudian dibakar di dalam buluh secara tradisional menggunakan arang dan kayu api adalah antara juadah wajib dinikmati apabila tiba musim perayaan terutama Aidilfitri.

Bagi yang beraya di kawasan Lembah Pantai dan sekitar Kuala Lumpur, pastinya tidak asing dengan nama Lemang Tok Janggut yang terletak di Bangsar South Kerinchi.

Lemang yang dijual sejak 10 tahun lalu masih dijual dengan harga sama, iaitu RM10 hingga ke RM18 sebatang.

Pengusaha lemang Tong Janggut, Manisah Mansor, ketika ditemui di gerainya berkata, walaupun terdapat pelbagai produk segera di pasaran, lemang yang diperbuat secara tradisional masih menambat hati ramai kerana dikatakan rasanya yang enak serta tahan lebih lama.
Beliau berkata proses pembuatan lemang iaitu merendam dan membasuh buluh, memarut kelapa, sehinggalah ke peringkat terakhir, persediaan membakar lemang itu dilakukan sendiri di gerainya dan menggunakan ramuan dan teknik daripada ayahnya, iaiatu pengasas Lemang Tok Janggut.
Selain lemang, gerai yang beroperasi setiap hari itu turut menyediakan ketupat, kuih raya, serunding, dan juga ada mengambil tempahan kambing bakar.

Walaupun bukan pada hari raya Aidilfitri, lemang Tok Janggut masih menerima tempahan dan menjual juadah hari raya yang dijual di kedainya seperti biasa.

Untuk tempahan lemang , serunding, ketupat, mahupun kambing bakar, boleh hubungi talian 017-2962001 / 012-3011862. -SuaraTv


Wajib Cuba! 7 Makanan Untuk Penderita Darah Tinggi

$
0
0
7 Makanan Untuk Penderita Darah Tinggi

Jangan main-main dengan penyakit darah tinggi atau hypertension. Ini kerana ia merupakan masalah kesihatan yang serius dan juga berat jika tidak dikawal.

Untuk jangka masa panjang, darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah dan menjadi punca kepada sakit jantung, buah pinggang, strok dan juga pelbagai masalah kesihatan lain.

Malah, darah tinggi ini sebenarnya merupakan 'silent killer' kerana tidak mempunyai simptom tertentu. Bagaimanapun, diet dikatakan mempunyai peranan penting dalam memastikan tekanan darah terus tinggi, terkawal atau rendah.

Ini termasuklah diet yang mengurangkan pengambilan garam, lemak dan juga alkohol. Pesakit darah tinggi juga digalakkan mengambil makanan yang tinggi pottasium, kalsium dan juga magnesium. 

Selain itu, anda harus mengambil makanan dari sumber protein yang rendah lemak, gandum penuh dan lebihkan lagi sayuran serta buahan.

Nak tahu lebih lanjut, berikut merupakan antara makanan yang mampu membantu menurunkan tekanan darah anda jika diambil secara konsisten dalam diet. Moga membantu!


1. Sayuran hijau

Sayuran berdaun hijau seperti bayam, kale, lettuce dan sebagainya mengandungi pottasium yang tinggi. Ia berfungsi dengan cara membenarkan buah pinggang anda menyingkirkan lebih banyak garam melalui air kencing, seterusnya membantu menurunkan kadar tekanan darah.


2. Kentang

Siapa sangka kentang begitu berkhasiat? Ia mengandungi sumber pottasium dan juga magnesium yang tinggi, dua elemen yang membantu menurunkan tekanan darah anda. Malah ia tinggi dengan serat yang baik untuk kesihatan anda.


3. Susu skim 

Amalkan mengambil susu skim kerana ia membantu menambah sumber kalsium pada badan anda. Kalsium juga merupakan elemen terpenting untuk menurunkan tekanan darah.

Jika tidak gemarkan susu, anda boleh menukar menu ini dengan yogurt rendah lemak. Elakkan mengambil susu krim penuh ya.


4. Pisang

Ya, pisang kan merupakan sumber potassium yang baik! Ambil pisang yang segar adalah lebih baik daripada mengambil makanan tambahan. Masukkan sahaja hirisan pisang dalam sarapan anda atau dijadikan snek sihat.


5. Bawang putih

Sejarah membuktikan bawang putih terbukti menyembuhkan banyak penyakit termasuklah darah tinggi. Ia telah diaplikasikan sejak era tamadun Mesir, Greeks, Roman dan juga China.

Kajian mendapati mengambil bawang putih turut setanding dengan mengambil ubatan moden selepas 24 minggu!


6. Stevia

Kini stevia semakin meningkat popular di pasaran sebagai bahan pengganti gula. Namun, tahukah anda ia juga sangat baik untuk menurunkan tekanan darah?

Ada kajian mendapati mengambil steview setiap hari, mampu menurunkan tekanan darah sehingga 6.5 peratus selepas dua tahun.


7. Kunyit

Ini memang satu rempah ratus yang sangat 'powerful' yang dimiliki di alam Melayu sejak dahulu lagi. Ia merupakan agen anti-radang yang sangat berkesan yang meningkatkan pengedaran darah dan membantu menurunkan tekanan darah.

Bahan utama dalam kunyit iaitu 'curcumin' yang bertanggungjawab membantu kesihatan anda makin 'improve' dari masa ke masa ini.


sumber


Lelaki Ini Berjaya Kumpul RM17,925 Guna Syiling Je Walaupun Ditertawakan

$
0
0
Lelaki Ni Berjaya Kumpul RM17925 Guna Syiling Je Walaupun Ditertawakan

Pernah ditertawakan kerana memasang niat untuk kumpul duit kahwin dengan hanya mengumpul duit syiling.

Atas berkat usaha dan displin, akhirnya Muhammad Helmy dari Singapura berjaya membuktikan pada semua yang dia mampu mengumpul lebih $6,000 (RM17,925) dalam tempoh setahun lebih.

Kisah kejayaannya itu telah dikongsikan Facebook dengan tujuan memberi semangat kepada yang lain untuk mula menabung, tak kisahlah untuk perkahwinan mahupun untuk tujuan lain.

Diharap dengan perkongsian ini akan membakar semangat anda untuk menambung walaupun sedikit. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, ingat tu!


sumber

[Video] Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, Pakar Kung Fu Pecah Rekod Peribadi

$
0
0
kungfu master tarik kereta guna kemaluan, Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, kungfu zakar tarik kereta,

Sebelum ini pernah dilaporkan ada individu di China yang mampu menggerakan kapalterbang hanya dengan menggunakan tali yang digigit dengan mulut.

Yang terbaru, memetik laporan Mail Online, seorang pakar kung fu dikenali Ye Wei yang juga berasal dari China berjaya menggerakkan tujuh deretan kereta jenis Audi sejauh lapan meter (26 kaki) menggunakan tali yang diikat pada kemaluannya di Wilayah Shandong, pada 30 Mac lalu.

Ini sekaligus membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini mendalami ilmu mempertahankan diri ‘berbaloi’.

Kejayaan Wei menarik tujuh buah kereta itu turut menyaksikan rekod peribadi yang dilakukan olehnya pada April tahun lalu dengan menarik lima buah kereta berjaya dipecahkan.

kungfu master tarik kereta guna kemaluan, Tarik 7 Kereta Guna Buah Zakar, kungfu zakar tarik kereta,

Cubaan Wei menarik tujuh kenderaan menggunakan buah zakarnya turut direkod, sebelum dikongsi oleh Pear Video pada 31 Mac lalu.

Berdasarkan video, Wei mengikat tali yang menghubungkan tujuh buah kereta jenis Audi pada buah zakarnya, memberi tumpuan sepenuhnya dengan menyalurkan kekuatan melalui kemaluan sebelum secara perlahan-lahan menggerakkan kenderaan berkenaan, yang dianggarkan berat melebihi 12.6 tan.

Wei mendakwa aksi yang digunakan olehnya itu dipanggil 'Xi Sui Gong Xi' atau teknik Sui, yang mana ia merupakan teknik sama yang diamalkan oleh pengikut Taois untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Wei memberitahu wartawan Pear Video bahawa dia telah mengamalkan kung fu sejak 30 tahun lalu dan kini menjadi pengetua bagi tiga buah sekolah seni mempertahankan diri.


sumber

(Video) Suka Mandi Kolam Tapi Tak Reti Nak Apungkan Diri Kat Tempat Dalam? Ikut Cara Ni

$
0
0
Suka Mandi Kolam Tapi Tak Reti Nak Apungkan Diri Kat Tempat Dalam? Ikut Cara Ni

Seronoknya bila pergi bercuti dapat mandi kolam, atau pergi mandi laut dan sungai. Tapi bila pergi kolam renang kat hotel ramai je duduk tepi-tepi main air sebab takut nak pergi tempat dalam yang kaki tak boleh nak cecah kan? Hahaha. 

Jangan risau awak yang baca ni bukan seorang je macam tu. Ramai lagi. Tapi mungkin dah boleh practice cara kat bawah ni supaya lepas ni lebih enjoy bila nak mandi kat kolam renang. Tak adalah takut lagi dah. 



[Video] Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal

$
0
0
Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal

Semalam, seorang netizen berkongsi di Twitter tentang babak yang tak tercapai dek akal lucunya dari sebuah drama televisyen tempatan.

Klip video yang dimuat naik itu menunjukkan dua lelaki sedang bergaduh sementara dua wanita menjerit menyuruh mereka untuk berhenti
Babak itu pada mulanya nampak begitu dramatik dan penuh dengan suspen dek kerana muzik latar dengan bunyi yang mendebarkan.

Bagaimanapun, segalanya bertukar menjadi lucu apabila salah seorang lelaki di dalam babak itu yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya ditolak, menyebabkannya terjatuh lalu tertusuk dengan sebatang buluh dari belakang
Babak yang seharusnya menjadi tegang dan dramatik itu berubah apabila teknik visual effects dipersoalkan!

Netizen kemudian mula mengkritik drama itu (sambil mentertawakan!), dan berkata bahawa babak yang seharusnya menjadi ngeri tetapi dirosakkan oleh kualiti special effects yang teruk dan sangat kelakar.

Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal

Ada juga yang kecewa dengan keadaan di mana orang ramai lebih memilh untuk menonton drama sebegitu berbanding drama hasil produksi tempatan yang lebih bagus.

Tetapi, rata-rata netizen sememangnya mentertawakan dan mengejek hasil drama tempatan yang dilakonkan pelakon hebat seperti itu.

Netizen Mentertawakan Babak Lakonan Shukri Yahaya Yang Tidak Masuk Akal

Rakyat Malaysia ni memang kelakar la! Drama TV tempatan kena belajar lebih lagi tentang visual effects. Harap-harap di masa akan datang, drama kita akan jadi better than this!

Video yang diperkatakan ini :



Hannah Delisha Pelakon Cantik Yang Suka Sambal Petai Dan 5 Fakta Menarik Mengenainya

$
0
0
Hannah Delisha Pelakon Cantik Yang Suka Sambal Petai , hannah delisha, mencintaimu mr photographer,

Kejelitaan pelakon baru Hannah Delisha yang memegang watak Aira dalam Mencintaimu Mr. Photographer mencuri perhatian peminat setia drama bersiri itu.

Berasal dari Singapura, Hannah bergandingan dengan Syafiq Kyle sebagai teraju utama dalam drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman.

Memandangkan masih ramai peminat yang tidak mengenali bakat baru yang berwajah jelita ini, Astro Gempak senaraikan lima fakta menarik mengenai Hannah:

1. Nama sebenar gadis berdarah campur ini ialah Hannah Adlina Blackburne Birch. Berusia 21 tahun, ibunya berketurunan Melayu Singapura manakala ayahnya berasal dari England.

2. Di sebalik wajah jelita persis gadis mat salih, Hannah menggemari masakan Melayu. Gadis ini gemar menikmati masak lemak cili padi, asam pedas, ulam-ulaman dan sambal, terutamanya sambal petai.

3, Hannah mula melibatkan diri dalam dunia hiburan di Singapura sebagai seorang penyanyi. Menganggotai kumpulan duo Delisha, gadis ini menjadikan nama Hannah Delisha sebagai nama komersial dan panggilan itu kekal sehingga kini. Hannah juga baru sahaja muncul dengan single terbarunya yang berjudul Tak Perlu Kata Apa-Apa.

4. Hannah menghidap penyakit asthma semenjak kecil. Paling teruk, Hannah diserang asthma ketika berusia 10 tahun dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Sehingga kini, sakit tersebut boleh dikawal dan Hannah menggunakan inhaler jika diserang asthma.

5. Wajah cantik Hannah mendapat perhatian penerbit drama Mencintaimu Mr. Photographer ketika dia menghadiri sesi temubual mempromosikan single terbarunya di program AM Live Astro pada awal tahun ini. Mencintaimu Mr. Photographer merupakan drama bersiri pertama Hannah di Malaysia. Sebelum ini, Hannah banyak membintangi drama bersiri di Singapura.


sumber

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia Akan Dijual Dengan Harga RM72,000

$
0
0
Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner gold,

Selepas selama berbulan-bulan menjadi trend di negara ini, Fidget Spinner masih boleh dilihat dipusing-pusing oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa di sini.

Mungkin benar permainan pusing-pusing itu betul-betul boleh menenangkan seperti yang dikatakan oleh orang ramai, tapi berita ini akan membuat kepala anda pula berpusing.

Fidget Spinner paling mahal di dunia akan mula dijual pada harga £13,000 (RM72,000). Ya, lagi mahal dari sebuah kereta.

Mainan itu dicipta oleh syarikat pembuat barang perhiasan mewah, Caviar.

Fidget Spinner bersadur emas edisi terhad itu dijangka akan mula dijual di pasaraya-pasaraya.

Selain Fidget Spinner tersebut, syarikat Caviar turut terkenal kerana pernah menjual iPhone bertemakan Vladimir Putin dan bekas iPhone 7 edisi Donald Trump.

Bagi yang tidak mahu menghabiskan duit yang banyak untuk permainan tersebut tapi tetap mahukan Fidget Spinner yang mewah, anda boleh dapatkan Fidget Spinner versi permata yang dijual pada harga £1,290 (RM7,000)

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner caviar diamond,

Tapi kalau bajet masih tidak mencukupi, Caviar turut menawarkan Fidget Spinner dengan tema bendera Rusia yang dijual pada £195 (RM1,000).

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner carbon fiber gold diamond, most expensive fidget spinner from caviar,

Fidget Spinner Paling Mahal di Dunia, fidget spinner carbon fiber,
Versi carbon, tapi harga tidak dinyatakan.


sumber

[Video] Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri

$
0
0
16 tahun kahwin 71 tahun indonesia, remaja kahwin warga emas,

Indonesia - Kisah cinta seorang lelaki dan wanita berusia 71 tahun heboh diceritakan di Indonesia apabila beberapa portal melaporkan hubungan yang pada mulanya terhalang itu akhirnya diteruskan juga apabila kedua-dua mempelai mengugut mahu mengambil nyawa sendiri jika tidak direstui.

Selamat Riyadi, 16, menikahi nenek Rohaya binti Kiagus Muhammad Jakfar yang sudah berusia 71 tahun.

Pernikahan itu berlangsung di Dusun 1 Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten OKU.

Keluarga pengantin perempuan, Rohaya yang telah berkahwin dua kali sebelum ini dikatakan menentang perkahwinan itu kerana jurang usia 55 tahun di antara mereka berdua. Jauh tu beza!

Semestinya keluarga pengantin lelaki, Selamet Riyadi juga turut tidak bersetuju kerana alasan yang sama.

Namun mereka berdua mengugut untuk membunuh diri jika tidak mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak!

Disebabkan itulah keluarga pasangan berkenaan terpaksa merestui dan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.

16 tahun kahwin 71 tahun indonesia, remaja kahwin warga emas,

Perkahwinan itu akhirnya berlangsung di rumah Kuswoyo, ketua kejiranan tempat mereka tinggal pada 2 Julai lalu. Menurutnya, perkahwinan itu benar-benar terjadi disebabkan ugutan dari pasangan tersebut.
“Kalau tidak dinikahkan, kedua-duanya mengugut akan bunuh diri dengan meminum racun rumput kerana mereka sangat mencintai antara satu sama lain. Jika seorang mati, kedua-dua harus mati.”
Lebih membuatkan orang ramai berkata-kata kerana ternyata perkahwinan itu dibiayai oleh orang lain. Rohaya datang dari keluarga yang susah dan Selamet pula dijaga ibu bapa angkat. Selamet hanya mampu memberikan mas kahwin kepada wanita pujaan hatinya itu sebanyak 200,000 Rupiah (RM64.34).

Video majlis pernikahan mereka :


Lelaki Bayar RM400 di Salon Tetapi Terima Potongan Rambut Stail ‘Mangkuk’

$
0
0
gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Rambut itu ibarat mahkota bagi setiap orang tidak kira bagi lelaki mahupun wanita. Pasti sedikit sebanyak kita mahu menjaga penampilan kita walaupun ia mungkin agak mahal tetapi jika ia berbaloi apa salahnya kan?

Namun ada juga servis yang mahal namun hasilnya tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bagi kes ini, bukan sahaja pelanggan itu dapat potongan buruk ala mangkuk, malah dia dikenakan caj harga yang sememangnya tidak masuk akal.

gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Sumber : Facebook

Menurut Syibli, dia telah memasuki sebuah salon bernama Sante De Beaute di Singapura pada 30 Jun dengan harapan tempat itu dapat memberi stail baru pada rambutnya.

Melihat servis yang ditawarkan, dia terus memilih salah satu pakej yang disediakan iaitu pakej ‘potong rambut + rebond + cuci’.

Namun, sebelum pendandan rambut tersebut mula memotong, Syibli sudah memesan bahawa dia inginkan potongan rambut jenis slope tinggi di bahagian belakang kepala.

gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Sumber : Coconuts

Apabila pendandan rambut itu telah selesai memotong dan menunjukkan hasilnya, Syibli terus terperanjat melihat stail rambutnya yang baru seakan-akan bentuk mangkuk.

Dia terus menyuarakan pendapatnya pada pendandan rambut tersebut dan memberitahu bukan stail itu yang dimahukan. Namun, pekerja itu tidak mempedulikan komennya malah turut senyum sahaja walaupun rambut pelanggannya kelihatan seperti mangkuk.

gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Sumber : singaporemusicguide.com

Sudahlah buruk, harga yang dikenakan pula membuatkan hatinya bertambah sakit. Salon tersebut telah mengenakan caj sebanyak $118 (RM367) bagi stail rambut sebegitu!

Oleh kerana tidak puas hati, dia telah menceritakan kisah sedihnya di media sosial dan bertanya pendapat orang ramai akan stail rambut barunya itu. Ramai netizen menyokong Syibli dan menghentam salon tersebut kerana memberi servis yang teruk pada pelanggannya.

gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Sumber :Coconuts

Kisahnya terus menjadi tular di media sosial sehingga pihak salon tersebut memberi respon terhadap isu itu. Mereka terus menghubungi Syibli dan menawarkan servis potong rambut secara PERCUMA!

Syibli membuat keputusan untuk memberi mereka peluang kedua dan melawati salon tersebut minggu lepas pada 1 Julai. Mereka telah membetulkan semula stail rambutnya menjadi lebih kemas dan menghilangkan bentuk mangkuk itu.

gaya rambut mangkuk, potongan rambut mangkuk singapore,

Sumber : Coconuts

Nasib baik dia offer untuk betulkan balik, kalau tak tak ntah apalah lelaki tu nak buat.

Viewing all 346 articles
Browse latest View live